Saingan Piala Thomas 2020 menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama sama naib juara, Jepun.

Majlis undian diadakan sekitar jam 3 petang waktu Malaysia dimana dua wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dato’ Sri Khairuddin Samat (Naib Presiden) dan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann diberi tanggungjawab menjalankan proses undian.

Turut berada dalam kumpulan D adalah Kanada dan England. Sementara juara bertahan, China berada di dalam kumpulan C bersama sama India, Belanda dan Tahiti.

Saingan Piala Thomas pada 2018, Malaysia menamatkan saingan kumpulan D di kedudukan kedua dibelakang Denmark sekaligus mara ke pusingan suku akhir.

Namun perjuangan negara berakhir apabila tewas 1-3 kepada Indonesia.

Malaysia telah menjulang Piala Thomas sebanyak lima kali; 1949, 1952, 1955, 1967, dan 1992. dan telah muncul naib juara

 

Sementara itu, undian bagi Piala Uber menyaksikan laluan sukar menanti Malaysia apabila diundi bersama sama China, Denmark dan Kanada dalam kumpulan D.

Edisi 2018, Malaysia gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menamatkan peringkat kumpulan D di tangga ketiga.

Piala Thomas dan Uber 2020 dijadual berlangsung dari 9 – 17 Oktober di Aarhust, Denmark.

- Advertisement -