Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad Harimau Malaysia berdepan tugas sukar selepas diundi bersama pasukan yang mempunyai kedudukan atau ranking lebih baik di pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2019.

Undian yang dikendalikan Pengarah Eksekutif Bahagian Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shin Man Gil, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama sama Lebanon (ranking 148), Hong Kong (ranking 140) dan Korea Utara (ranking 125).

Perlawanan peringkat kumpulan dijadual berlangsung pada 28 Mac hingga 27 Mac 2018 dimana hanya  dua pasukan terbaik akan mara ke pusingan akhir.

12 pasukan daripada enam kumpulan di pusingan akhir peringkat kelayakan ini akan menyertai 12 lagi  pasukan yang telah melayakkan diri menerusi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 serta pusingan kedua kelayakan Piala Asia.

12 negara yang telah melayakkan diri adalah juara bertahan, Australia, China, Iraq, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand, Uzbekistan dan juga tuan rumah, UAE.

Untuk rekod, Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia sebanyak dua kali, pada 1976 dan 1980 dan pernah menjadi tuan rumah bersama pada 2007 dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam.

- Advertisement -