hadin_azman_felda

Oleh Ku Mohd Lufti

Pendahulu kumpulan D, Felda United akur apabila rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri, Stadium Tun Abdul Razak lebur selepas tewas kepada Terengganu 0-1.

Gol Tunggal Skuad Peteh dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha di minit ke 49 perlawanan sekaligus memberikan tiga mata berharga.

Terengganu menghuni tangga ketiga kumpulan D, berkongsi tiga mata dengan pasukan di tangga tercorot, Negeri Sembilan serta dua pasukan teratas, Melaka United dan Felda United.

Dalam saingan kumpulan B, Selangor terlepas peluang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah selepas terikat tiga sama dengan Kelantan.

Anak didik Zainal Abidin Hassan mendahului Kelantan 3-0 dlam tempoh 20 minit, bermula dengan jaringan pemain import, Mauro Olivi (minit ke 29).

Seorang tonggak import The Red Giants, Patrick Ronaldinho menyumbat dua gol di minit ke 38 dan 49 untuk Selangor selesa mendahului di Stadium Shah Alam.

Namun, Wander Luiz mengurangkan defisit gol diminit ke 45, sebelum pemain sayap, Wan Zack Haikal menjadikan kedudukan 2-3 memihak Kelantan hasil jaringan cantik diminit ke 72.

Abdul Manaf Mamat memastikan Zainal Abidin Hassan pulang hampa dengan gol penyamaan dimasa tambahan sekaligus kedua dua pasukan pulang dengan satu mata.

Selepas dua perlawanan, Selangor masih kekal menerajui kumpulan B, berkongsi empat mata dengan Kelantan, manakala Kuala Lumpur menghuni tangga ketiga diikuti Pahang tanpa sebarang mata berjay diraih setakat ini.

Di Kuala Terengganu, Kedah muncul pasukan yang mengekalkan rekod bersih 100 peratus menang kesemua perlawanan selepas menundukkan Terengganu FC 2, 0-2.

Gol Lang Merah dijaringkan Shane Edward Smeltz di minit ke tujuh dan 15 perlawanan.

Enam mata berjaya diraih setakat ini, Kedah berkelebihan emoat mata didepan pencabar ditangga kedua, Johor Darul Takzim 2.

Manakala Sarawak dan Terengganu FC 2 masing masing menghuni tangga ketiga dan keempat, berkongsi satu mata.

- Advertisement -