sgor-kedah

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara Piala Malaysia 2016, Kedah akan disambut di Stadium Darul Aman petang esok.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar yang mahu memberi peluang kepada penyokong Lang Merah yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam untuk melihat trofi tersebut dengan lebih dekat.

“Majlis sambutan akan diadakan sebaik pasukan Lang Merah mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira pukul 3.30 petang.

“Pemain akan diarak menaiki bas dua tingkat yang terbuka dan akan bergerak menuju ke Stadium Darul Aman bagi menyambut kemenangan bersama para penyokong,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan juara bertahan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kedua dua finalis terikat satu sama selepas tamat masa sebenar dan perlawanan masa tambahan.

- Advertisement -