chan.peng.soon-goh.liu.ying
Chan Peng Soon – Goh Liu Ying

Oleh Ku Mohd Lufti

Lengkap jadual separuh akhir bagi Kejohanan Badminton Superseries Premier Terbuka Malaysia 2016 selepas tamat aksi suku akhir hari ini.

Perlawanan paling mengejutkan adalah penyingkiran pemenang pingat emas sukan Olimpik, Lin Dan yang tewas kepada pilihan kelima dari Denmark Jan O’ Jorgensen.

Jorgensen melakar kemenangan straight set 21-17, 21-4 dalam masa 32 minit.

“Ia adalah keputusan yang tidak dijangka. Saya bangga kerana dapat menewaskan idola malah, salah seorang lagenda badminton dunia. Dia bermain baik di set pertama tetapi agak goyah di set kedua,” kata Jorgensen.

Lin Dan hanya mahu berdepan dengan media 5 minit selepas tamat perlawanan.

Pemain nombor 3 dunia itu nyata berang dengan keputusan teknikal daripada pegawai pertandingan yang seakan akan berat sebelah.

“Jorgensen banyak melakukan servis yang tidak mengikut peraturan khususnya di set kedua, tetapi tidak diambil tindakan oleh servis judge. Tetapi jika saya melakukan kesilapan itu walaupun pertama kali, pengadil terus membatalkannya. Tidak mengapa saya tidak dapat bermain dengan Chong Wei di separuh akhir seperti yang diharapkan. Saya harap dapat bermain dengan Chong Wei di kejohanan lain,” kata Lin Dan.

Tidak kurang menarik dalam satu lagi aksi perseorangan lelaki apabila pemain muda Indonesia yang sedang meningkat, Christie Jonatan melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan pemain England, Rajiv Ouseph.

Jonatan bagaimanapun dipaksa bergerak ke segenap gelanggang selain dipaksa bermain di jaring sebelum melakar kemenangan straight set 21-19, 21-19 dalam masa 40 minit.

Pemain kelahiran Jakarta ini akan berdepan pemain nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Chen Long.

Chen Long menang ke atas rakan senegara yang diletak selaku pilihan kelapan, Tian Houwei straight set 21-16, 21-16.

chen.long.8
Chen Long

Manakala satu lagi aksi separuh akhir esok akan menemukan jaguh Malaysia, Datuk Lee Chong Wei yang melakar kemenangan ke atas pilihan keenam, Viktor Axelsen dengan kemenangan straight set 21-14, 21-13.

Di separuh akhir esok, Chong Wei akan berdepan Jan O’ Jorgensen.

Mengikuti jejak Lin Dan, pemain perseorangan wanita yang juga juara dunia 2015, Carolina Marin yang tewas kepada pilihan keenam daripada China, Wang Yihan.

Turun selaku pilihan pertama, Carolina nyata tidak diberi laluan mudah untuk mengutip mata, sebaliknya permainan lebih dikuasai Wang Yihan yang menang 21-13.

Carolina cuba bangkit untuk menentang di set kedua sekaligus mengheret permainan ke set penentuan, namun Wang Yihan ternyata lebih tangkas dan bijak mencari ruang untuk memerangkapnya.

Wang Yihan meninggalkan Carolina dengan jurang mata 17-8 pada satu sebelum menutup set kedua dengan kemenangan 21-15 sekaligus melangkah ke separuh akhir.

“Agak sukar untuk mengatasi Marin sepanjang perlawanan. Walaupun mendahului, namun dia (Carolina Marin ) mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mahu mengalah dan cuba untuk merapatkan jurang mata. Saya tidak kisah siapa lawan saya di separuh akhir, saya akan berikan yang terbaik,” kata Wang Yihan.

Di separuh akhir, Yihan akan berdepan pilihan keempat dari Thailand Ratchanok Intanon yang mudah menjinakkan pemain India, Pusarla V Sindhu 21-7, 21-8.

Pilihan kelima kejohanan, Wang Shixian turut sama tersingkir selepas kecundang kepada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying straight set 21-14, 21-14.

Tzu Ying akan berdepan pilihan ketiga dari India, Saina Nehwal yang menang ke atas pemain Thailand, Porntip Buranaprasertsuk dalam pertarungan tiga set, 19-21, 21-14, 21-14 dalam masa 58 minit.

Dalam aksi bergu lelaki, Lee Yong Dae, Yoo Yeon Seong menepati ramalan mara ke separuh akhir selepas menang ke atas gandingan jepun, Hiroyuki Endo, Kenichi Hayakawa.

Bergu Korea Selatan ini bagaimanapun dipaksa berpeluh dalam pertarungan tiga set sebelum melakar kemenangan 18-21, 21-14, 22-20 dalam masa 1 jam 15 minit.

Yong Dae, Yeon Seong akan berdepan rakan senegara Kim Gi Jung, Kim Sa Rang yang terlebih dahulu mengejukan bergu pilihan ketiga Fu Haifeng, Zhang Nan 15-21, 21-19, 21-17.

Bergu campuran pula menyaksikan pilihan pertama dari China, Zhang Nan, Zhao Yun Lei meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menang ke atas gandingan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta, Vanessa Neo Yu Yan 21-15, 21-12.

Zhang Nan dan Zhao Yunlei akan bertemu bergu campuran Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Lui Ying di separuh akhir.

- Advertisement -