Sabine Lisicki

Sabine Lisicki hopes for breakthrough performance at the BWM Malaysian Open 2016

Former Wimbledon finalist Sabine Lisicki will make her second straight appearance in the BMW Malaysian Open at the Kuala Lumpur Golf and Country Club on Feb 29-March 6.

The 26-year-old German was in Kuala Lumpur as the second seed last year but she lost in the opening round.
With the World No 32’s inclusion, the BMW Malaysian Open will see three top 40 players in the fray. The others are World 10 Roberta Vinci of Italy and 18th-ranked Elina Svitolina of Ukraine. Lisicki, a former World 12, was once touted as the next big star in tennis but injuries affected her progress.

Last year, Lisicki suffered a knee injury at the US Open in September and subsequently missed the final months of the season.

The four-time WTA Tour winner has so far had an average season on her return from a knee injury. She lost in the early rounds in the season opening tournament in Sydney, followed by Melbourne and Qatar.

After early setbacks, Lisicki now hopes for a breakthrough performance in Kuala Lumpur.

Lisicki was a late bloomer. It took her three years to win a tour title after turning professional in 2006. The German achieved it at the 2009 Family Circle Cup in Charleston by overcoming Caroline Wozniacki of Denmark in the final.

She added three more tour titles in Birmingham and Dallas in 2011, and Hong Kong two years later.

Lisicki was also finalist in Tashkent (2008), Luxembourg (2009), Pattaya, Memphis dan Wimbledon (2013).
Her claim to fame was at Wimbledon in 2013. She defeated several established players and among her notable wins were over Serena Williams and Agniezska Radwanska to become the first German to reach a Grand Slam final since Steffi Graf in 1999. However, Lisicki lost in the final to Marion Bartoli.

Lisicki currently holds the world record for the fastest serve by a female player, recording a 210.8 km/h serve during her first-round encounter against Ana Ivanovic at the 2014 Bank of the West Classic.

She also held the record for the most aces in a singles match, hitting 27 aces during her second round encounter against Belinda Bencic at the 2015 Aegon Classic, until it was surpassed by Kristyna Pliskova at this year’s Australian Open.

bmw.mas.open.2016
Sabine Lisicki mengharapkan kemenangan di BWM Malaysian Open 2016

Bekas naib juara Wimbledon Sabine Lisicki telah mengesahkan penampilan keduanya pada edisi ketujuh BMW Terbuka Malaysia dari 29 Februari-6 Mac di Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Pemain berusia 26 tahun dari Jerman itu pastinya ingin menebus aib tewas pusingan pertama pada kejohanan tahun lalu, di mana dia gagal menepati statusnya selaku pilihan kedua.

Pengesahan terkini Lisicki yang merupakan pemain No.32 dunia itu, bermakna edisi kali ini akan dibintangi tiga jaguh yang berkedudukan 40 teratas dunia. Pemain No.10 dunia Roberta Vinci dari Itali dan No.18 Elina Svitolina dari Ukraine adalah dua lagi pemain yang telah mengesahkan penyertaan masing-masing sebelum ini.

Ramai beranggapan Lisicki, yang satu ketika pernah menghuni tangga ke-12 dunia, seorang pemain yang berbakat besar, malangnya tidak pernah memenuhi potensi yang dimilikinya itu gara-gara kerap ditimpa kecederaan.

Seperti tahun lalu, Lisicki terpaksa menamatkan musimnya tiga bulan lebih awal kerana kecederaan lutut. Dia gagal meneruskan aksi selepas kali terakhir mara ke pusingan keempat di Terbuka AS pada September.

Pemenang Jelajah WTA empat kali itu akan mengharapkan tahun 2016 yang lebih memihaknya. Dia yang baru pulih daripada kecederaan, seperti yang dijangka, bergelut dalam tiga penampilan pertamanya musim ini di Sydney, Terbuka Australia dan Terbuka Qatar.

Dia tersingkir pada pusingan kedua pada kedua-dua aksi di Australia bulan lalu, dan terkandas di halangan pertama di Qatar awal minggu ini. Maka, Lisicki tentu mengharapkan tuah kunjungan kedua ke Kuala Lumpur supaya dia dapat memulakan kebangkitan terhadap kariernya yang agak tergantung pada masa ini.

Menyertai dunia tenis profesional pada 2006, Lisicki menanti tiga tahun untuk memenangi gelaran sulungnya apabila merangkul Piala Family Circle di Charleston, menewaskan Caroline Wozniacki pada aksi final.

Dia menambah tiga lagi koleksi kejuaraan di Birmingham dan Dallas pada 2011, dan yang terakhir dikecapinya adalah dua tahun lalu di Hong Kong. Lisicki juga merupakan naib juara sebanyak lima kali di Tashkent (2008), Luxembourg (2009), Pattaya, Memphis dan Wimbledon (2013).

Persembahan di Wimbledon 2013 merupakan antara yang paling mengkagumkan. Selaku pilihan ke-23, dia mengetepikan cabaran beberapa pemain pilihan seperti Serena Williams dan Agniezska Radwanska untuk menjadi pemain Jerman pertama layak ke final Grand Slam sejak Steffi Graf pada 1999.

Bagaimanapun dia tewas mudah di tangan Mario Bartoli. Lisicki merupakan pakar servis selain turut disegani dengan gaya permainannya yang agresif. Dia memiliki pukulan forehand dan backhand yang kuat, membolehkan dia mengawal permainan dari baseline.

Lisicki adalah pemegang rekod dunia untuk servis terpantas dalam sejarah WTA, selepas mencatat servis berkelajuan 210.8 km/j sewaktu satu perlawanan di Stanford Classic 2014. Lisicki juga bekas pemegang rekod dunia untuk pukulan servis ace terbanyak dalam sesuatu perlawanan.

Dia membedil 27 ace pada aksi pusingan kedua menentang Belinda Besic di Birmingham tahun lalu. Rekod itu bagaimanapun diatasi Kristyna Pliskova dengan 31 ace di Terbuka Australia bulan lalu.

- Advertisement -