Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) secara rasminya memperkenalkan logo rasmi kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Mercure Living Hotel, Putrajaya itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh sambil disaksikan oleh Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.

16 pasukan daripada seluruh dunia, Malaysia, Argentina, Australia, Chile, Jerman, Perancis, Afrika Selatan, Egypt, India, Sepanyol, Korea, Kanada, Belanda, Belgium, Pakistan dan New Zealand akan berkampung di Malaysia bermula 5 hingga 16 Disember 2023 dan venue pertandingan, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil akan menjadi tumpuan dunia sepanjang kejohanan berlangsung.

Berdasarkan logo rasmi yang diperkenalkan, warna hijau dipilih sebagai warna utama dalam penghasilan rekaan tersebut sebagai simbolik cintai alam sekitar selain turut mengetengahkan elemen Bunga Raya, Bunga Kebangsaan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia serta Burung Kenyalang (Hornbill).

Logo rasmi yang diperkenalkan itu turut membawa dunia mengenali Malaysia dengan lebih rapat apabila bangunan pencakar langit yang tersergam indah di Kuala Lumpur iaitu Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang menjadi tumpuan para pelancong serta Menara Kuala Lumpur, turut diterapkan di dalam rekaan.

Selain itu, Jambatan Putrajaya yang menjadi lambang kemegahan bandaraya tersebut turut dijadikan element penting yang diketengahkan di dalam rekaan dan umum mengetahui bahawa Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang menempatkan semua Kementerian serta Jabatan Kerajaan di bandaraya tersebut.

Presiden KHM, Dato’ Sri Subahan Kamal di dalam majlis yang sama secara rasmi telah mengumumkan, lokasi majlis pelancaran hari ini iaitu Mercure Living Hotel Putrajaya dan The Pearl Kuala Lumpur Hotel telah dipilih selaku venue penginapan rasmi pasukan bertanding sementara Ibis PJCC Petaling Jaya, merupakan venue penginapan bagi pengamal media yang akan berkampung di Kuala Lumpur.

Menerusi satu rakaman video, Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Dato Tayyab Ikram telah menyampaikan amanat dan mengucapkan tahniah kepada 16 yang layak beraksi di Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki edisi ke-13.

β€œMenerusi pendekatan ‘atlet didahulukan’, yang disebut di dalam Strategi Pemerkasaan dan Penglibatan yang dilancarkan baru-baru ini, FIH telah menjadikan belia sebagai fokus utama pada masa hadapan. FIH Piala Dunia Remaja memainkan peranan penting dalam perkara ini.

β€œSelain itu, salah satu keutamaan saya sebagai Presiden FIH adalah untuk menyerlahkan sumbangan besar yang boleh dilakukan oleh sukan hoki di luar sukan itu sendiri kepada individu, komuniti dan masyarakat – dengan topik penting kelestarian menjadi sebahagian daripada keutamaan ini – saya berharap dapat melihat ianya direalisasikan pada kejohanan ini.

β€œUcapan terima kasih khusus kepada Konfederasi Hoki Malaysia dan kami yakin mereka pasti akan menyusun satu penganjuran yang hebat bagi edisi ke-13, Kejohanan FIH Piala Dunia Remaja Lelaki 2023, Malaysia,” kata beliau.

Dalam pada itu undian yang telah dijalankan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menyaksikan, Malaysia berada di dalam kumpulan A bersama Argentina, Australia dan Chile sementara Jerman, Perancis, Afrika Selatan dan Egypt di dalam Kumpulan B, India, Sepanyol, Korea dan Kanada di dalam Kumpulan C dan Kumpulan D diisi oleh Belanda, Belgium, Pakistan dan New Zealand.

Untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan mengenai kejohanan, muat turun aplikasi Watch.Hockey – di mana perlawanan boleh ditonton secara pengstiman langsung – atau ikuti laman sosial KHM- Facebook, Instagram, dan Twitter – serta laman rasmi juga ikuti laman sosial FIH –Β Facebook,Β InstagramΒ danΒ Twitter – juga laman rasmi.

- Advertisement -