Malaysia Deaf Tigers tidak menunggu lama untuk membuka tirai gol di  minit ke-8 menerusi Faza Firdaus Mohamad selepas berjaya melepasi perangkap offsides sebelum menewaskan penjaga gol lawan.

Jaringan kedua MDT pula dijaringkan ketua pasukan Razilawali A. Wahab hasil daripada hantaran kemas daripada pemain muda Muhammad Ameerul Eizlan Ehwan di minit ke 20.

Bersambung babak kedua, MDT yang mensasarkan kemenangan besar keatas Oman gagal menembusi kubu lawan susulan ketumpulan penyudah. 

Kontroveri timbul di kem Malaysia apabila Razilawali A. Wahab dilayangkan kad kuning kerana mengasak pemain Oman tanpa diberi amaran awal.

 Tekanan tampak menguasai kem Malaysia dan ia dimanfaatkan Oman yang memanfaatkan peluang terhidang untuk  mengikat MDT dengan jaringan di minit ke-60 dan minit ke-65.

Akhirnya MDT berjaya menarik nafas lega apabila pemain sayap kelahiran Tawau, Sabah Edelson Dell Evaristus  berjaya menyumbat gol kemenangan di  minit 89 hasil hantaran tepat Mak Chee Weng.

Tamat masa penuh perlawanan tempat ke 5 hingga 8 menyaksikan Malaysia Deaf Tigers(MDT) menumpaskan pasukan Oman dengan jaringan gol 3 – 2.

MDT masih memiliki baki satu perlawanan menentang Arab Saudi bagi merebut tempat ke-5 kejohanan dan melayakkan negara ke Piala Bolasepak Pekak Dunia 2020 nanti.

Terdahulu, Arab Saudi telah berjaya menumpaskan Uzbekistan dengan menang tipis 2-1 pagi tadi

- Advertisement -