koo-kien-keat-tan-boon-heong-

Oleh Ku Mohd Lufti

Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia, Morten Frost tidak melenting apabila dilihat sebagai punca kegagalan Malaysia layak ke peringkat akhir Piala Thomas.

Sesetengah pihak melihat, kehadiran Morten sebagai ahli keluarga BAM mampu membantu Datuk Lee Chong Wei dan rakan rakan untuk menundukkan Denmark kerana ia merupakan negara kelahirannya.

“Menyalahkan orang lain adalah sesuatu yang tidak akan saya lakukan. Saya tahu situasi ini adalah perkara biasa di sini ( Malaysia ). Bila anda lihat pasukan Denmark, mereka mempunyai pemain perseorangan ranking 4, 5 dan 13 dunia.

“Itu adalah sebab mengapa mereka diletak selaku pasukan pilihan ke 2 kejohanan manakala kita (Malaysia ) di pilihan ke 6. Mereka (Denmark ) adalah pasukan yang kuat, tiada isu tentang situasi ini,” kata Morten Frost.

Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark meskipun mendahului 2-0 menerusi Lee Chong Wei dan beregu, Goh V Shem, Tan Wee Kiong.

Namun Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan ChongWei Feng gagal menyumbang mata untuk Malaysia selepas tewas kepada lawan masing masing.

Denmark mencipta sejarah apabila menjulang Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir, semalam.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada 1992.

- Advertisement -