Malaysia tumbang 2-1 kepada Korea Selatan dalam perlawanan penentuan gangsa Piala Asia Remaja di Kompleks Sukan Salalah di Oman.

Malaysia mensia-siakan beberapa pukulan sudut penalti untuk menduduki tempat keempat di Asia.

“Pemain perlu terus memandang ke depan tetapi saya harus beri pujian kerana mereka sudah mencuba sehabis baik dalam tempuh sebulan ini,” kata Ketua Jurulatih hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim.

Korea Selatan menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti menerusi Lim Do-Hyun pada minit ke-22.

Bagaimanapun, Adam Ashraf Johari menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Namun Korea Selatan kembali mendahului  menerusi gol padang Yoo Seung-hoo pada minit ke-37 yang merupakan gol kemenangan.

Sementara itu, India menewaskan Pakistan 2-1 pada perlawanan akhir untuk muncul sebagai juara.

India, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia akan mewakili Asia dalam Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, Malaysia pada Disember.

- Advertisement -