ragbi3

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia akan berdepan tugas sukar di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016 dalam misi melakar kemenangan ke atas Sri Lanka.

Pengendali Malaysia, Lee Nyuk Fah (gambar utama) menjelaskan, hanya kemenangan  sahaja mampu mengurangkan tekanan dalam misi untuk kekal beraksi di Divisyen 1.

“Kita lihat Sri Lanka ada kelajuan di posisi forward, dan backline serta mempunyai keseimbangan yang baik ketika mengawal bola. Sebagai pasukan pilihan Sri Lanka yang telahpun beraksi di Divisyen 1 sejak tahun lalu,bukan mudah untuk kami atasi mereka.” Kata Lee Nyuk Fah.

Mengakui anak didiknya banyak melakukan kesilapan ketika Malaysia tewas kepada Filipina dalam aksi pembukaan ahad lalu, Lee Nyuk Fah tidak mahu menoleh lagi kebelakang, sebaliknya mahu pemain fokus menjelang pertemuan dengan Sri Lanka.

Lee Nyuk Fah juga sedikit resah apabila perlu merombak pasukannya susulan kecederaan yang dialami oleh pemainnya.

“Aporosa Duwaile mengalami bengkak dibahagian kaki manakala pemain Fullback, Faat Hor Rozi Ismail cedera dibahagian bahu. Saya akan lihat keadaan kecederaan mereka ini sehingga pagi Rabu sebelum memutuskan samada boleh bermain atau sebaliknya,” tambah Nyuk Fah lagi.

- Advertisement -