Print

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad badminton negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Remaja Asia dengan langkah kanan apabila menewaskan Taiwan 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C di Bangkok.
Mata pertama disumbang beregu campuran negara Chen Tang Jie/Toh Eei Weiselepas menewaskan  Hu Ling Fang/Liang Huang Chun straight set 21-13 dan 21-18.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dipaksa bermain tiga set sebelum menghadiahkan mata kedua negara selepas menang ke atas Lee Chia Hao 15-21, 21-19 dan 21-16.

Kemenangan ketiga diraih oleh beregu lelaki, Ooi Zhi Heng/Soh Wooi Yik yang hanya mengambil masa 20 minit menundukkan Lu Ming Che/Yang Chun Hsien straight set 21-8, 21-11.

Juara remaja dunia, Goh Jin Wei menepati ramalan, menyumbang mata keempat Malaysia selepas mengalahkan Liang Ting Yu 21-18 dan 23-21 bagi acara perseorangan wanita.

Beregu wanita negara M.Thinaah/S.Kisona pula gagal melengkapkan kemenangan bersih selepas tewas kepada Hu Ling Fang/Lee Chih Chen dengan 21-15, 18-21, 21-23.

Malaysia akan bertemu Mongolia untuk aksi kedua kumpulan C pada Ahad.

- Advertisement -