Badan induk bolasepak dunia (FIFA) mengenakan penggantungan seumur hidup kepada Marco Antonio Trovato Villalba selepas didapati bersalah terlibat dengan gejala mengatur perlawanan.

Jawatankuasa Displin FIFA mengesahkan Antonio yang merupakan Presiden Kelab tempatan di Liga domestik di Paraguay, Olimpia melanggar Artikel 18 Kod Displin FIFA kerana memanipulasi perlawanan dan pertandingan bolasepak serta Artikel 20 kerana gagal memberi bekerjasama sepanjang siasatan berlangsung.

Kesalahan itu dilakukan ketika beliau menjadi Presiden kelab itu ketika saingan musim 2018 dan 2019.

Justeru, FIFA memutuskan untuk mengenakan penggantungan daripada menyertai sebarang aktiviti bolasepak seumur hidup dan perlu membayar denda 100 000 Swiss France.

Keputusan penggantungan seumur hidup ini telahpun dimaklumkan kepada Antonio Trovato Vilallba.

FIFA juga menambah, hukuman yang dikenakan boleh dirayu oleh Antonio seperti yang termaktub dalam artikel 56 Kod Displin FIFA dimana jawatankuasa berhak untuk menentukan samada membenarkan rayuan atau sebaliknya terhadap keputusan atau hukuman yang telah dibuat.

- Advertisement -