Majlis Keselamatan Negara memberi perkhabaran gembira buat peminat sukan tanah air apabila membenarkan kehadiran penonton untuk menyaksikan perlawanan bolasepak Liga Malaysia sebagai permulaan.

Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Sidang Media harian berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kebenaran ini akan berkuat kuasa pada 1 April 2021 dengan pematuhan SOP yang ketat.

Kebenaran ini melibatkan venue yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat pada hari selasa, 16Mac 2021 telah mendengar pembentangan daripada Menteri Belia dan Sukan mengenai permohonan untuk membenarkan kemasukan penonton ke stadium ataupun venue bagi kejohanan kejohanan sukan seperti Liga Malaysia beserta SOP yang dicadangkan sendiri oleh Kementerian Belia dan Sukan 

“Setelah mendengar pembentangan tersebut, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat, dan setelah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, maka mesyuarat telah bersetuju untuk perkara seperti berikut iaitu membenarkan kehadiran penonton ke stadium ataupun ke venue dengan SOP ataupun syarat seperti berikut.

1- Di kawasan PKP Bersyarat

10% kapasiti penonton atau 2000 orang, mana mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa 

2 – Di kawasan PKP Pemulihan

“25% kapasiti penonton atau 8000 orang . Mana mana yang lebih rendah dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa,” kata Datuk Seri Ismail.

Kebenaran penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton tertakluk dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tambahnya lagi, dua perlawanan Liga Malaysia dengan kehadiran penonton sebagai permulaan dimana MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian.

“Kebenaran in akan berkuat kuasa pada 1 April 2021 dengan 2 perlawanan bolasepak dalam Liga Malaysia yang akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan atau proof of concept untuk menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton

“Disamping itu pihak KBS, MKN dan KKM akan turut memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang telah ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan tersebut nanti,”

Penjarakkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter ditetapkan ketika proses kemasukan ke dalam stadium dan pembelian tiket perlawanan hanyalah secara atas talian (online).

“Masuk perlu beratur dan perlu ada penjarakkan sosial sewaktu beratur masuk.

“Di dalam mungkin boleh pastikan kerana stadium luas dan tidak sukar untuk penjarakkan sosial semasa menonton tetapi yang lebih membimbangkan apabila keluar, tamat perlawanan, keluar serentak. Kita boleh bayangkan walaupun lebih 2000 sekalipun, ianya ramai, kalau 8000 lebih ramai lagi 

“Jadi sewaktu keluar juga merupakan suatu perkara yang kita bincangkan semalam jadi pihak stadium perlu mengambil tindakkan supaya tidak berlaku kesesakkan sewaktu keluar,”katanya lagi.

- Advertisement -