Pengalaman yang dikutip atlet paling muda Negara pada temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Nur Dhabitah Sabri, member impak bermakna untuk beliau terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.

Prestasi konsisten atlet terjun berusia 17 tahun dari Kuala Lumpur itu sepanjang pembabitan beliau dalam arena sukan terjun telah menyemarakkan lagi semangatnya untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lantaran kesungguhan yang dipamerkan itu membolehkan beliau dipilih sebagai Atlet Muda Terbaik pada AnugerahSukan SAM-100PLUS 2016 pada 2 Mac di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

“Pencapaian Nur Dhabitah layak ke final acara 10m platform dalam kemunculan sulungnya di pentas Olimpik melonjakkan pemilihannya sebagai penerima anugerah ini.

“SAM percaya anugerah ini akan mampu jadi pendorong untuk Nur Dhabitah menggapai tahap pencapaian lebih tinggi,” kata PresidenSAM Ahmad Khawari Isa.

Sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik, Nur Dhabitah akan menerima RM3,000 dan trofi.

Nur Dhabitah yang mula menceburi sukan terjun sejak berusia tujuh tahun, banyak didorong keluarganya yang ingin melihat beliau Berjaya dalam sukan itu.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil, yang kini menunggu keputusan SPM, mewakili negara buat pertama kali di temasya Sukan Olimpik dalam acara 10m platform individu dan 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong.

Terdahulu, beliau Berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik selepas memenangi pingat emas acara 10m platform individu wanita pada KejohananTerjun Piala Asia 2015 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Beliau pertama kali mewakili Negara dalam temasya sukan terbesar di Sukan Komanwel Glasgow pada 2014 di mana beliau yang baru digandingkan hanya tiga hari sebelum acara terjun temasya berkenaan bermula, Berjaya menuai pingat gangsa dalam acara 10m platform seirama bersama Pandelela Rinong.

Bagaimanapun penampilan dalam temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dalam tahun yang sama tidak Berjaya membuahkan hasil.

Di arena Sukan SEA pula, Nur Dhabitah Berjaya meraih pingat emas dalam acara 10m platform seirama di Nay Pyi Daw, Myanmar (2013) dan 3m papan anjal seirama di Singapura (2015).

Prestasi konsisten permata acara terjun itu menunjukkan program latihan dikendalikan jurutlatih Yang Zhuliang Berjaya melahirkan ramai bintang dalam sukan terjun.

Selain member pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang, wartawan sukan juga berpeluang memenangi hadiah wang berjumlah RM50,000 melalui Anugerah Sukan SAM-100PLUS kali ini.

Anugerah itu terbahagi kepada enam kategori – Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan BeritaTerbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang setiap kategori akan menerima hadiah RM3,000 dan trofi serta berpeluang dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan yang akan menerima hadiah RM7,000 serta sebuah trofi.

- Advertisement -