Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tidak bercadang untuk menunda temasya sukan Olimpik 2020 yang dijadual berlangsung pada penghujung Julai meskipun dunia sedang dilanda keresahan berhubung wabak coronavirus (Corvid-19).

Hampir kesemua acara/kejohanan sukan elit dibatalkan sebagai langkah pencegahan susulan kes melibatkan jangkitan yang melibatkan atlet dan pegawai.

Malah, beberapa kejohanan yang berkaitan dengan kelayakan ke Sukan Olimpik juga dibatalkan 

“Kami akan cuba menangani penularan jangkitan dan menganjurkan kejohanan tanpa sebarang masalah dan mengikut perancangan,”kata Shinzo Abe memtik laporan CNN baru baru ini.

Tambahnya lagi, segala keputusan terletak di tangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa IOC untuk memutuskan berhubung status penganjuran Olimpik Tokyo 2020.

Penganjur Tokyo 2020 dan IOC sentiasa berkomunikasi untuk memastikan upacara perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020 berjalan dengan selamat. 

Malah, larian obor Olimpik juga akan diteruskan di negara itu bermula dari Fukushima pada 26 Mac.

“Obor Olimpik akan tiba di Jepun, Saya mahu ke Fukushima untuk menyaksikan permulaan larian obor Olimpik itu,”katanya lagi.

Pihak berkuasa tempatan bandar Tokyo juga akan mengambil langkah langkah pencegahan dengan sebaik mungkin untuk memastikan kelancaran larian obor tersebut.

 

 

- Advertisement -