PAHANG berpesta gol menumpaskan KELANTAN 12-1 untuk menjuarai Kumpulan C, sekaligus mengatasi Kuala Lumpur yang muncul naib juara Kumpulan pada Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak Ke-59 (Lelaki) di Stadium Hoki Nasional hari ini. 

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan C, KUALA LUMPUR menarik nafas lega apabila mengesahkan tempat ke pusingan XY apabila menumpaskan ATM 6-2 untuk meraih kedudukan kedua kumpulan biarpun terikat dengan 9 mata dengan Pahang, yang mendapat kelebihan berdasarkan jumlah jaringan gol 18 berbanding 17 Kuala Lumpur.  

Pahang nyata terlalu ampuh buat Kelantan yang terpaksa menerima hakikat berkesudahan di tangga terakhir pada kempen kali ini. Muhammad Idris Samad mencatat nama sebagai penjaring hatrik (minit ke-35, 36, 54), manakala Ismail Abu (minit ke-8, 19) Muhamad Hafiz Zainol (minit ke-34, 35) dan Syamil Azim Dzulkafly (minit 48, 50) masing menyumbang dua gol manakala Mohamad Harris Iskandar Osman (42), Muhammad Izham Azhar Iskandar Osman (minit 42) dan Muhammad Izham Azhar (minit ke-46) masing masing menjaringka satu gol buat Pahang.

Kuala Lumpur turun dengan keyakinan tinggi, menyerlah pada dua suku terakhir untuk mengetepikan cabaran ATM yang turun sebagai pendahulu Kumpulan dengan 7 mata. 

Selepas gol awal Muhammad Amirol Aideed Arshad pada miit ke-6, ATM bertindak balas menyamakan kedudukan penyamaan menerusi Mohamad Sufian Masrom pada minit ke-31. Kuala Lumpur bangkit pada suku ketiga dan berhasil membolosi gawang ATM menerusi Mohammad Syamin Yusof (minit ke-38), Muhammad Sabri Mohamad (40) dan Danial Asyraf Abdul Ghani (51) sebelum ATM cuban merapatkan jurang menerusi Kpl Mohd Yazid pada minit ke-53. 

Jaringan padang Muhammad Shahfirul Azmal Muhd Saiful (minit ke-57) dan Wan Hisyamuddin Wan Amer Ruzman dua minit sebelum permainan tamat melengkapkan kemenangan besar Kuala Lumpur. 

“Kami terpaksa bersabar dan cuba mendapatkan seberapa banyak pukulan penalti sudut dan gol ketiga mengubah momentum permainan…untuk saingan seterusnya, kami akan terus memperbaiki beberapa kelemahan seperti kekerapan melakukan kesilapan mudah,” kata pengendali Kuala Lumpur James Murthy.  

Dalam saingan Kumpulan B, saingan sengit mencari satu lagi tempat ke pusingan XY berlangsung sengit dan menyaksikan TERENGGANU layak selepas menumpaskan NEGERI SEMBILAN 3-2. Melaka, yang sudahpun melengkapkan kempen mereka semalam,  mengiringi Terengganu pada kedudukan kedua. 

Negeri Sembilan turun dengan misi mesti menang tetapi dikecewakan dengan gol kemenangan jaringan Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran pada minit ke-42 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Mohd Shahrun Nabil Abdullah sebelum itu mencetak gol buat Terengganu pada minit ke-27 dan 37 manakala Negeri Sembilan menggegar gawang menerusi Shahmie Irfhan Suhaimi (minit ke-6 dan 40).

Birapun menang, pengendli Terengganu K. Rajan tidak berpuashati dengan prestasi anak buahnya yang dianggap mempamerkan prestasi paling buruk setakat ini. “Tidak ikut arahan, banyak kesilapan dan sebagainya. Jadi kita akan perbaiki semua ini hadapi pusingan XY nanti,” kata beliau. 

Sementara itu, Perlis melengkapkan saingan kejohanan dengan satu-satunya kemenangan 2-1 ke atas Kedah. 

- Advertisement -