Nur Dhabitah Sabri
Nur Dhabitah

Oleh Ku Mohd Lufti

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengetuai cabaran Malaysia dalam acara terjun 10 meter platform wanita individu mara ke peringkat separuh akhir.

Selain pemenang pingat gangsa bagi acara ini di Sukan Olimpik London 2012, turut mengesahkan kemaraan adalah Nur Dhabitah Sabri.

28 penerjun beraksi di peringkat saringan untuk memburu 18 slot ke pusingan separuh akhir.

Nur Dhabitah cemerlang di terjunan pertama, namun hambar diterjunan berikutnya dengan pungutan 41.60 mata sekaligus berada dikelompok bawah pada satu ketika.

Namun beliau bangkit dengan terjunan yang lebih kemas, mengumpul 75.90, 64.35 dan 72.00 mata untuk catatan keseluruhan 325.85 mata sekaligus menduduki tempat ke 9 keseluruhan.

Manakala ratu terjun negara, Pandelela Rinong pula menamatkan acara saringan ditempat ke 6 dengan pungutan 332.45 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

China juga turut mengesahkan slot ke separuh akhir menerusi dua atletnya, Si Yajie dan Ren Qian.

Si Yajie mengungguli carta dengan catatan keseluruhan 397.45 mata manakala rakannya Ren Qian ditangga kedua dengan markah keseluruhan 385.80 mata.

Turut sama mengesahkan slot ke separuh akhir, pemenang pingat emas 10 meter platform seirama dari Kanada Meaghan Benfeito.

Pingat emas bagi acara ini dimenangi atlet dari China, Chen Ruolin dua kali berturut iaitu pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China dan 2012 di London.

- Advertisement -