Selepas mengharungi kalendar UCI Jelajah Asia 2019 yang hambar dimana pasukan professional yang berpengkalan di Korea Selatan, KSPO menghuni tangga ke 31, mereka berazam untuk memulakan musim baru bermula dengan memburu keputusan yang positif di Petronas Le Tour de Langkawi 2020.
Dengan hanya satu kemenangan peringkat sepanjang musim lalu menerusi Park Kyoung Ho peringkat 3 Jelajah China I, KSPO mengharapkan perubahan yang drastik dan memburu keputusan yang positif di Petronas LTdL yang memasuki edisi ke 25 tahun ini.
Park, 26 tahun kembali semula ke arena sebagai antara pelumba pelumba senior yang akan memimpin barisan pelumba muda dalam pasukannya iaitu Shin Gwangho dan Kim Jaehyun yang berusia 19 tahun, Kim Kwokhyun (20 tahun), Kim Ji-Hun (25 tahun) dan Soon Young Kwon (26 tahun).
Soon juga mahu melunaskan misi yang belum tercapai tahun lepas selepas menduduki tangga kedua keseluruhan dalam kategori Raja Bukit, dipisahkan dengan 32 mata dibelakang juara, Angus Lyon daripada pasukan Oliver Racing.
Barisan pelumba muda KSPO akan dipimpin Pengarah pasukan, Kang Sandeul yang akan memberi motivasi terbaik untuk meningkatkan prestasi pasukan sepanjang musim ini kerana ada enam lagi pasukan dari Korea Selatan yang akan bersaing dalam kalendar UCI Jelajah Asia.
Ketika pasukan memfokuskan pembangunan terhadap pelumba muda, KSPO menyandarkan Park, Kim dan Soon yang mempunyai kemahiran dalam laluan mendaki, ujian masa dan laluan landai untuk meraih keputusan yang positif.
Soon Young Kwon menamatkan Kejuraan Lebuhraya Peringkat Kebangsaan di Korea Selatan di tangga ketiga tahun lalu menjadi taruhan utama sementara Park yang menamatkan saingan perlumbaan yang sama dikedudukan kelima diberi peranan untuk melakukan breakaway dan kayuhan solo seperti yang dilakukan ketika menjuarai peringkat ketiga di Jelajah ChinaĀ I.
Kim Ji Hun pula merupakan pemenang pongat perak Ujian Masa Individu Peringkat Kebangsaan turut menjadi sandaran pasukan di Petronas LTdL tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi Petronas Le Tour de Langkawi 2020, Shahaizereen Abdul Hamid berkata, kehadiran pasukan KSPO dengan barisan pelumba muda membuktikanĀ arena berbasikal Asia sidah berada di tahap tertinggi.
āPetronas LTdL juga dikenali sebagai platform untuk membangunkan dan melahirkan bakal bakal juara malah, kelibt mereka tidak boleh dipandang rendah. Pelumba muda ini pastinya mahu membuktikan mereka semenangnya layak untuk berada di dalam pasukan dan bersedia untuk bersaing dengan jaguh jaguh utama dibenua itu malah dari benua Eropah dan Amerika,ākata Shahaizereen.
Edisi ke-25 Petronas LTdL 2020 akan membababitkan kayuhan lapan peringkat, bermula di Kuching Sarawak pada 6 Februari dan berakhir di Pulau Langkawi, meliputi jarak keseluruhan sejauh 1,095.7 kilometer.
Untuk memeriahkan sambutan 25 tahun penganjurannya, penganjur Human Voyage Sdn Bhd akan mengadakan majlis pengenalan pasukan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Fabruari serta turut mengadakan perlumbaan sehari Kriterium Antarabangsa di bandaraya itu, selain perlumbaan Klasik Malaysia di Pulau Langkawi, pada 15 Februari.