Momentum pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA nampak lancar ketika mengharungi dua sesi kelayakan pada Kejuaraan EWC Sepang 8-Hours di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Mana tidaknya, prestasi barisan pelumbanya agak stabil kerana mampu menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam dua sesi tersebut.

Pencapaian pelumba asal Thailand, Somkiat Chantra sangat meyakinkan yang menyaksikannya berada di kedudukan keempat terpantas pada sesi pertama kumpulan dengan catatan masa 2:05.765 saat (s) sepusingan.

Kelibatnya semakin pantas pada sesi kedua apabila berada di kedudukan kedua terpantas dengan masa 2:05.725s.

Dia mengakui agak selesa meskipun masih ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan bagi membolehkannya merekodkan sesuatu yang lebih baik pada sesi seterusnya.

Meskipun baharu pertama kali beraksi dalam perlumbaan endurance di Litar Sepang, namun pelumba asal Chonburi, Thailand itu mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

ā€œSetakat ini semuanya berjalan dengan baik dan berharap momentum seperti ini dapat dikekalkan dalam usaha untuk menghadiahkan kejayaan kepada pasukan.

ā€œSaya akan berusaha keras dan bertekad untuk memberi tentangan sengit kepada para pelumba lain.

ā€œKeadaan jentera juga nampak stabil sepanjang sesi hari ini,ā€ jelasnya yang telah merekodkan catatan masa terbaik buat pasukannya hari ini.

Rakan sepasukannya, Md Zaqhwan Zaidi juga tampil dengan keyakinan yang tinggi apabila berada di kedudukan kelima pada sesi kelayakan kedua bagi kumpulan pelumba biru.

Zaqhwan yang merupakan tonggak pasukan Honda Asia Dream Racing with SHOWA mencatat masa terpantas 2:06.417s pada sesi kedua selepas sekadar merekodkan masa 2:06.609s pada sesi pertama.

Ia pencapaian yang wajar dibanggakan kerana pelumba asal Selangor itu terus memperlihatkan peningkatan.

Peningkatan itu memberi keyakinan kepada Zaqhwan bahawa dia mampu melakukan yang lebih baik pada sesi esok.

Catatan masa terpantas dalam kedua-dua sesi kelayakan bagi kelompok pelumba biru hari ini dikuasai Michael Van Der Mark dari pasukan Yamaha Sepang Racing dengan cattaan masa terpantas 2:04.527s sepusingan.

Seorang lagi pelumba Honda Asia Dream Racing with SHOWA, Andi Farid Izdihar dari Indonesia juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada sesi hari ini.

Andi berjaya mencatat masa terpantas 2:07.666s pada sesi kedua bagi pelumba kumpulan kuning.

Terdahulu, dia berada di kedudukan ke-14 pada sesi pertama dengan masat terpantas 2:07.685s sepusingan.

Sesi kelayakan pelumba kumpulan kuning itu menyaksikan pelumba Yamaha Sepang Racing, Hafizh Syahrin muncul terpantas pada sesi pertama dengan masa 2:04.854s manakala sesi kedua diungguli Erwan Niggon (Webike SRC Kawasaki France) dengan masaĀ Ā 2:05.874s.

Berdasarkan prestasi yang dipamerkan barisan pelumba Honda Asia Dream Racing with SHOWA itu pada sesi kali ini, mereka dijangka mampu mencipta kejutan apabila aksi sebenar bermula Sabtu ini.

- Advertisement -