Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara tampak gagal dipatuhi segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Ia termasuk pemain bolasepak tempatan yang dikenakan denda selepas didapati melanggar arahan PKP pada 27 Mac lalu.

Laporan berita tempatan mendedahkan, Abdul Azim Rahim, pemain pasukan Kuala Lumpur ditahan di Melaka selepas didapati bersalah berkumpul bersama sama rakan rakan tanpa alasan yang kukuh.

Abdul Azim didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dan didenda RM900 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

 

- Advertisement -