Pemain bolasepak di China sedang berdepan situasi tidak menentu apabila tidak dibayar  gaji selama tiga bulan.

Situasi ini sedang dialami juara Liga Super China (CSL) Jiangsu Suning yang dilaporkan tidak dibayar gaji untuk tempoh tiga bulan.

Laporan media tempatan, mereka hanya menerima gaji pada Selasa lalu, namun pengurusan kelab masih belum melunaskan baki tiga bulan.

Jiangsu Suning juga tidak meraikan sebarang majlis selepas muncul juara CSL pada November lalu.

Kelab itu juga melakar kemenangan 2-1 ke atas Guangzhou Evergrande dalam aksi terakhir CSL 2020.

 

- Advertisement -