Nazihah Hanis Razak
Nazihah Hanis

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada perkhabaran gembira buat kem skuasy Negara apabila kesemua lapan pemain yang beraksi di pusingan kelayakan Kejohanan Squasy Wanita Dunia gagal meneruskan kemaraan.

Sandaran utama, Rachel Arnold (gambar utama) paling kecewa apabila tewas kepada pemain ranking ke 46 dunia dari Belanda, Milou van der Heidjen.

Meskipun bangkit untuk mengikat kedudukan 2 sama selepas ketinggalan di dua set pertama 6-11, 8-11, 12-10, 11-8, namun Rachel yang juga pemenang pingat emas sukan SEA 2015 gagal untuk menafikan kemaraan Milou apabila tewas 10-12 di set penentuan.

“Saya mungkin memerlukan masa untuk menerima kenyataan ini. Syaa terlalu ghairah dipenghujung perlawanan kerana mahukan kemenangan. Sepatutnya saya perlu lebih tenang untuk mengawal permainan dan ini adalah pengajaran yang perlu diingat,” kata Rachel.

Zoe Foo Yuk Han juga tersingkir selepas tewas kepada pilihan ke 15 dari Wales, Deon Saffery 7-11, 7-11 dan 3-11 dalam satu lagi aksi pusingan kelayakan pertama.

Tiada masalah buat naib juara tiga kali, Natalie Grinham yang hanya memerlukan 17 minit untuk mengetepikan seorang lagi pemain Negara, Nazihah Hanis straight games, 11-4, 11-4, 11-3.

Vanessa Raj turut tersingkir selepas tumpas kepada wakil Mexico, Samantha Teran dalam pertarungan 4 set, 6-11, 4-11, 11-5, 5-11.

Teh Min Jie tewas straight games kepada pilihan ketiga dari Hong Kong, Joey Chan 2-11, 10-12, 4-11 sementara pilihan ke 13 dari Mesir, Nadine Shahin turut menamatkan cabaran seorang lagi pemain Negara, S Sivasangaridalam pertarungan 4 set, 11-8, 11-6, 10-12, 11-7.

Manakala Aika Azman tidak mampu untuk menyaingi kehebatan pilihan kedua dari Denmark, Line Hansen apabila tewas mudah 6-11, 3-11, 2-11.

Andrea Lee hampir melakar kejutan ke atas pilihan ke 10 dari Jepun, Misaki Kobayashi apabila member tentangan sengit sebelum tewas straight games, 8-11, 9-11, 4-11.

- Advertisement -