Nour-el-Sherbini
Nour El Shebini

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiada masalah buat pemain pemain pilihan untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Wanita Dunia.

Pilihan keempat, Camille Serme dari Perancis (gambar utama)mengetuai senarai pemain pilihan melangkah ke pusingan seterusnya selepas menang ke atas wakil Hong Kong, Joel Chan dalam pertarungan 4 set, 11-9, 11-6, 5-11, 11-4.

Dua pemain Mesir Nour El Shebini dan Nouran Gohar turut mengikuti jejak Camille Serme.

Nour El Shebini yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan straight games ke atas wakil Australia Donna Urquhart 11-6, 11-6, 11-6.

Manakala Nouran yang diletak selaku pilihan kelapan bangkit daripada ketinggalan untuk menang dalam pertarungan 4 set untuk menewaskan pemain Perancis, Couline Aumard 10-12, 11-6, 11-5, 11-7.

Pemain England Jenny Duncalf terpaksa akur apabila ditunjukkan jalan keluar oleh seorang lagi pemain Mesir, Nadine Shahin selepas tewas straight games 6-11, 7-11, 9-11.

- Advertisement -