Pilihan utama kejohanan Aeon Credit Purple League Junior 2020 (ACSPLJ 2020) menepati ramalan apabila melangkah gagah ke pusingan kedua.

Pilihan utama perseorangan Bawah 15-tahun, Chow Wern Soon dari Serdang BC menyingkirkan pemain Bangi City BC, Mohamad Dani dengan kemenangan mudah 3-0, mengakui wujud tekanan pada dirinya apabila dinamakan sebagai pemain pilihan.

“Saya berharap untuk menjadikan tekanan ini kepada satu motivasi untuk membantu saya melangkah ke pentas final.”

Chow yang berpengalaman luas dan dilatih oleh legenda badminton dan pemilik Serdang BC, Ong Ewe Hock, mencuri tumpuan pada kejohanan setelah mempamerkan aksi matang berbanding pemain-pemain lain di kategorinya.

Walaupun permainan Chow tampak tenang, aksi menyerangnya sering mengejutkan lawan untuk memperoleh kemenangan.

Sementara itu, pemain pilihan kedua dari kategori lelaki Bawah-15 tahun, Huan Kai Hern dari Subang Jaya BC terpaksa bertungkus lumus sebelum menewaskan Aguwell Andrew dari Labuan BC dengan kemenangan 3-1.

“Pada mulanya, saya bergelut untuk menemui rentak permainan saya. Agak sukar untuk saya untuk mendapat rentak kompetitif setelah sekian lama,”

“Tetapi saya cuba bertahan untuk tidak tewas dan saya berjaya dapat kemenangan… sasaran saya kali ini adalah untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. “

Dalam kategori perseorangan lelaki Bawah 18-tahun, Teh Jin Hong dari Bayan Lepas BC mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Tan Jia Qi dari Johor Baru BC pada penampilan sulungnya.

Akan tetapi, pemain pilihan utama itu tidak berpuas hati dengan persembahannya walaupun menang bergaya.

“Sudah agak lama sejak saya bermain pada sesuatu kejohanan… jadi saya cuba untuk mendapatkan kembali rentak saya. Beberapa cubaan saya tidak menjadi pada perlawanan ini… tetapi saya yakin saya akan mendapat sentuhan saya semula,” kata Teh, yang menyasarkan untuk cuma menikmati permainan dan tidak menetapkan sebarang sasaran pada dirinya.

Tetapi jurulatihnya, Choong Yee Hean yakin dengan kemampuan ayam tambatanya untuk merangkul kejuaraan .

Pilihan kedua kategori Bawah 18-tahun, Muhammad Atef dari Cheras BC, juga berjaya mara ke pusingan 16 terakhir disamping pemain Balakong BC Ting Wen Xuan yang meneruskan aksi memberangsangkannya pada hari pertama semalam.

Pada aksi pusingan pertama semalam, pasangan beregu campuran Samuel Lee / Ho Lo Ea dari Bayan Lepas BC – satu-satunya beregu pilihan yang beraksi, tidak menghadapi sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan kedua.

Pertandingan Purple League Junior (PLJ) yang diadakan setiap tahun ini telah memasuki tahun keenam penganjurannya.

Tujuannya adalah untuk mencari dan mencungkil bakat muda baru dan menyediakan platform bagi pemain-pemain untuk mempamerkan bakat mereka, mendapatkan pengalaman yang kompetitif, dan membina keyakinan diri dalam sukan badminton.

AEON Credit Service (M) Berhad telah bergabung sebagai penaja utama bagi Purple League Junior selama tiga tahun sejak 2019 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam membangunkan bakat tempatan.

男单种子球员悉数过关

永旺信用紫盟羽联青年赛第二个比赛日上半天,18岁及15岁以下男单次圈(32强)赛事战罢,两个项目的头次号种子球员纷纷晋级,没有让爆冷的情况出现。

来自沙登羽毛球俱乐部15岁以下头号种子男单周文顺以3-0打败万宜市羽毛球俱乐部的莫哈末达尼晋级,他赛后表示当知道自己被列为头号种子时确实会感到压力,过后告诉自己这只不过是一个号码。

“希望把压力化为动力,让我杀入决赛。”

在我国男单传奇王有福麾下的周文顺平时与年纪较大,较资深的师兄练球,所以球路明显比同辈的成熟。在这场比赛中他十分沉着,采取拉吊突击的策略,出手进攻时如猛虎扑兔,把对手打个措手不及。

另一场15岁以下的男单,梳邦再也羽毛球俱乐部的范凯恒遭到纳闽岛阿古维尔的顽强抵抗,所幸及时进入状态才成功以3-1力克对手晋级。

“一开始我还不适应场地,一直找感觉,还好没有输掉比赛……我的目标是打进半决赛。”

在18岁以下男单,峇六拜羽毛球俱乐部的头号种子郑锦宏以3-0轻取新山的陈家麒,打响首炮。无论如何,他还是不满意自己今天的表现。

“太久没有比赛了,一直找回感觉,有些球还不到位,会慢慢找回感觉。这一次不设目标。

不过他的教练教练钟议贤则认为爱将配得上头号种子也具备夺冠实力。

另外,此项目的次号种子,蕉赖羽毛球俱乐部的阿特夫也成功杀入16强。值得一提的是,无拉港的张文轩昨天初露头角之后,今天延续神勇状态,实力不逊种子球员,是为本赛会的黑马。

昨天进行的首轮比赛,大部分赛事的头次号种子皆轮空,唯一上场的混双次号种子,来自槟城峇六拜羽毛球俱乐部的森姆尔李/何若宜成功闯入次圈。

- Advertisement -