Kejohanan badminton peringkat akar umbi kembali rancak selepas tertangguh sejak 2020 akibat penularan pandemik Covid 19.

Bermula dari Rabu sehingga Minggu ini berlangsung Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C yang berlangsung dari Rabu sehingga Ahad.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun.

Hari kedua bagi saingan kumpulan A Pusingan pertama menyaksikan pemain pemain pilihan melangkah ke peringkat suku akhir kategori bawah 16 tahun.

Kejohanan yang memulakan saingan pada Rabu menyaksikan lapan pemain bagi acara perseorangan lelaki dan wanita mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Pilihan pertama, Muhd Al Imran Jasni dari Perak, menepati ramalan mara ke saingan suku akhir perseorangan lelaki Bawah 16 Tahun selepas menundukkan Chong Zhi Hin dari Selangor dengan kemenanga straight set 21-17, 21-19.

Kekecewaan Zhi Hin bagaimanapun ditebus Au Wie Shan yang menundukkan Erfan Majeed Hajibeigy 21-7, 21-18 untuk ke pusingan suku akhir.

Turut mara anataranya, Jayden Ng Yi Shen, M Thaqif Shaz Mohd Shazlan, Goh Yi Qin dan Shawn Hiu yang menundukkan lawan masing masing di pusingan kedua hari ini.

Kategori Perseorangan wanita Bawah 16 Tahun menyaksikan pilihan pertama dari Kelantan, Yeap Phoi Lin ditunjukkan jalan keluar oleh K Reesha dari Selangor, 19-21, 21-19, 19-21.

K Reesha akan berdepan rakan sepasukan, Shan Lee Yu yang menewaskan wakil Perak, Putri Nurirdina Sufiya Muhd Suib 21-16, 21-9.

Kumpulan B yang berlangsung di Putrajaya turut menyaksikan pilihan pertama perseorangan lelaki B 16, Eizarif Eiznish Hairulnizam mengetuai cabaran lapan pemain ke pusingan suku akhir selepas menundukkan pemain dari Johor, Oi Yii Ping 21-13, 22-20.

Beliau akan berdepan wakil Negeri Sembilan, Sie Zi Yi yang menundukkan wakil Pahang, Mohd Fairuz Rizuan Mazeland 22-20, 21-10.

Perseorangan wanita B16, Oo Shan Zi yang mendapat bye pusingan pertama akan memulakan pusingan kedua menentang Chloe Yoe Feng Yun yang menundukkan Nur Aina Safra Khairul Anuar 21-17, 21-12.

Acara bergu wanita B16, Celine Ng-Oo Shan Zi dari Pulau Pinang yang mendapat bye akan memulakan saingan suku akhir berdepan gandingan Johor, Ng Jing Yee-Ni Ying Yap yang menundukkan pasangan dari Putrajaya, Nur Wardah Idayu Azmi-Nur Aina Safra Khairul Anuar21-12, 21-13.

Kumpulan C yang berlangsung di Perlis pula memperlihatkan kejutan bagi pemain pilihan dalam saingan perseorangan lelaki B16.

Hafiz Hakimi Hashim dari Sabah menunjukkan jalan keluar kepada pilihan pertama dari Terengganu, Khew Sayan 25-23, 21-13.

Hafiz akan menentang Sharven Rao a/l Nyanaprakash Rao dipentas suku akhir.

Pilihan kedua dari Sarawak, Chin Kang Neng turut menerima nasib yang sama apabila tewas di tangan wakil Sabah, Datu ANif Isaac Datu Asrah21-16, 21-13.

Lain pula cerita saingan wanita B16 dimana dua pemain pilihan, Zi Yu Jola Lim (Sabah) dan April Lee Tong (Sarawak) masing masing megesahkan slot ke suku akhir selepas menundukkan lawan masing masing.

100PLUS, minuman isotonic nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

 

- Advertisement -