Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejutan dilakar gandingan yang baru disatukan, Chan Peng Soon-Chow Mei Kuan apabila menunjukkan jalan keluar kepada pilihan pertama dalam acara beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan.

Namun begitu, Peng Soon-Mei Kuan terpaksa beraksi sehingga ke set penentuan sebelum mengesahkan slot ke peringkat final dengan keputusan 21-17, 19-21, 21-19.

Chan Peng Soon yang nerupakan gandingan pingat Perak Sukan Olimpik ketika bergandingan dengan Goh Liu Ying tidak menjangkakan pencapaian bersama Chow Mei Kuan sehingga berjaya mara sehingga ke final.

“Tidak kira siapa saya akan jumpa esok, saya ingin menang. Kemenangan ini untuk dia (Chow Mei Kuan) sebagai semangat untuk masa hadapan kerana dia masih junior,” kata Peng Soon.

Beliau dan Mei Kuan akan bertemu pilihan kedua, Goh Soon Huat – Shevon Lai Jemie yang mengatasi gandingan Hoo Pang Ron – Peck Yen Wei 21-9, 21-17.

Dalam aksi bergu lelaki, Ong Yew Sin – Tan Wee Kiong turut melakar kejutan apabila menyingkirkan pilihan pertama kejohanan, Goh Sze Fei – Nur Izzudin Mohamed Rumsani 21-18, 21-12.

Lain pula nasib pilihan pertama bergu wanita, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei yang menundukkan Lim Chiew Sien – Teoh Mei Xing21-16, 21-9.

 Aksi perseoangan lelaki, pilihan kelapan, Lim Chi Wing mengejutkan pemain lebih senior, Liew Darren dalam pertarungan yang cukup sengit, 17-21, 21-11, 30-29.

Manakala Lim Yin Fun turut melakar kejutan apabila menyingkirkan pilhan pertama perseorangan wanita, Ho Yen Mei dengan kemenangan 21-9, 21-9.

- Advertisement -