Meskipun dijadikan sebagai penanda aras kepada penganjuran kejohanan lain, Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS tidak leka meningkatkan usaha memperhalusi SOP perlumbaan untuk pusingan seterusnya.
Pusingan kedua musim 2020 yang bakal dianjurkan di Litar Tangkak pada 22 dan 23 Ogos ini akan memerlukan struktur pelaksanaan yang berbeza berbanding dengan pusingan pembuka tirai di Litar Sepang sebelum ini.
āKami telah membuat beberapa lawatan serta perbincangan dengan pihak pengurusan Litar Tangkak untuk merangka perancangan terperinci supaya segala SOP asas yang digariskan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara) dipatuhi sepenuhnya,ā jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
Sepertimana perlumbaan pembukaan di Litar Sepang minggu lalu, pusingan kedua di Litar Tangkak akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Pelumba pasukan Hi Rev SCK Honda Racing, Md Helmi Azman dinobatkan sebagai juara perlumbaan kelas CP150 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 yang berlangsung di Litar Sepang (utara).
Helmi menamatkan saingan dengan catatan masa 15:34.837 saat (s), sekali gus meraih 20 mata kejuaraan setakat ini.
Tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan AHM Motorsports, Md Khairul Ikhwan Ajis yang mengumpul 16 mata.
Pasukan ONEXOX SAGĀ mencuri tumpuan apabila Md Syafieq Aiman Md Fauzi, Md Shafiq Rasol dan Md Hafiza Rofa menkluk podium bagi saingan CP 125.