Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan menyambut ulangtahun penganjuran musim ke-25 telah mengumumkan kalendar sementara perlumbaan untuk musim 2018.

Selepas memperkenalkan kategori baharu CP150 sebagai perlumbaan kelas perdana pada musim ini, tiada sebarang perubahan kategori lain dilakukan dengan Litar Tangkak, Johor akan menjadi venue pembuka musim pada 1 April diikuti negeri Melaka sebagai tuan rumah pusingan kedua pada bulan berikutnya.

Cuti rehat pertengahan musim kejuaraan bagi menyambut bulan Ramadhan dan Syawal akan berlangsung lebih awal. Penggal kedua kejuaraan akan bersambung di Selangor pada 1 Julai sebelum menuju ke pantai Timur untuk Pusingan 4 dan Pusingan 5 di Pahang dan Kelantan.

Bandar Penawar, Johor yang menjadi lokasi penamat musim 2017  kekal di dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix dipilih sebagai hos pusingan ketujuh pada bulan September. Batu Kawan, Pulau Pinang muncul lokasi tunggal di Utara tanah air menjadi tuan rumah pusingan kelapan pada penghujung Oktober.

Pusingan kedua terakhir akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pada 18 November sebelum saingan musim 2018 melabuhkan tirai di Teluk Intan, Perak pada 16 Disember.

KALENDAR PERLUMBAAN KEJUARAAN CUB PRIX AAM MALAYSIA PETRONAS 2018

Pusingan 1          Tangkak, Johor  31 Mac – 1 April, 2018

 

Pusingan 2          Melaka 5 – 6 Mei, 2018

Pusingan 3          Selangor              30 Jun – 1 Julai, 2018

Pusingan 4          Temerloh, Pahang           20 – 21 Julai, 2018

Pusingan 5          Terengganu        3 – 4 Ogos, 2018

Pusingan 6          Kelantan              31 Ogos – 1 September, 2018

Pusingan 7          Bdr Penawar, Johor        22 – 23 September, 2018

Pusingan 8          Batu Kawan, P. Pinang   27 – 28 Oktober, 2018

Pusingan 9          Jempol, N. Sembilan       17 – 18 November, 2018

Pusingan 10        Teluk Intan, Perak           15 –  16 Disember, 2018

(*Tertakluk kepada perubahan)

- Advertisement -