Institut Sukan Negara (ISN) mengumumkan senarai nama 24 pemain dalam skuad hoki lelaki negara untuk Program Podium.

Antara pemain disenaraikan dalam program berprestasi tinggi itu ialah penjaga gol veteran, S. Kumar, penyerang Faizal Saari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd Fitri Saari serta pemain pertahanan Razie Abd Rahim dan Mohamad Sukir Abdul Mutalib.

Senarai nama berkenaan diserahkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada ISN.

“Berhubung senarai nama yang diserahkan itu, kita harap dapat bekerjasama dengan KHM untuk membantu atlet membuat persediaan menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada 2018,” kata Pengarah Program Podium Tim Newenham dalam kenyataan.

Skuad hoki lelaki disenaraikan dalam Program Podium, sebuah program khas di bawah ISN pada 10 Nov lepas, untuk atlet yang mampu meraih pingat pada Sukan Olimpik, Komanwel dan Asia.

Skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu kini berada di ranking ke-12 dunia, dan kedua di Asia, selepas meraih beberapa keputusan membanggakan, termasuk layak secara merit ?????ke Piala Dunia 2018 di India, dan muncul naib juara Piala Asia 2017, baru-baru ini.

Senarai 24 pemain:

Nama Umur Posisi
S. Kumar 39 Penjaga Gol
Hafizuddin Othman 26 Penjaga Gol
Mohamad Hairi Abd Rahman 28 Penjaga Gol
Razie Abd Rahim 31 Pertahanan
Mohamad Sukri Abdul Mutalib 32 Pertahanan
Izad Hakimi Jamaluddin 26 Pertahanan
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan 23 Pertahanan
Muhammad Najmi Faizal Jazlan 23 Pertahanan
Faiz Helmi Jalil 26 Pertahanan
Meor Muhamad Azuan Hasan 24 Pemain Tengah
Mohd Fitri Saari 25 Pemain Tengah
Muhammad Marhan Mohd Jalil 28 Pemain Tengah
Nabil Fiqri Mohd Noor 31 Pemain Tengah
Joel Samuel Van Huizen 26 Pemain Tengah
Muhammad Azri Hassan 26 Pemain Tengah
Muhamamd Amirol Aideed Mohd Arshad 23 Pemain Tengah
Firhan Ashari 25 Penyerang
Faizal Saari 27 Penyerang
Muhammad Haziq Samsul 24 Penyerang
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil 32 Penyerang
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi 22 Penyerang
Muhammad Shahril Saabah 24 Penyerang
Ramadan Rosli 27 Penyerang
Nor Syafiq Sumantri 22 Penyerang

 

- Advertisement -