drone-racing

Oleh Ku Mohd Lufti

Pertandingan perlumbaan Drone bakal menjadi tarikan baru dalam dunia media elektronik selepas syarikat penyiaran antarabangsa bersetuju untuk mengadakan liputan secara langsung.

Syarikat penyiaran sukan terkenal, ESPN, Skt Sports dan ProSieben bersetuju untuk menyiarkan Perlumbaan Liga Drone (DRL) secara langsung bermula bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DRL Nick Horbaczewski yang juga pengasas kepada perlumbaan ini menjelaskan lima sirkit perlumbaan akan disiarkan secara langsung.

Sirkit perlumbaan akan bermula di utara Amerika Syarikat pada bulan Oktober dan November dan akan menjelajah ke beberapa lokasi lain termasuk London dan Jerman.

ESPN, Euro Sports, Syarikat Penyiaran British, Sky Plc dan ProSiebenSat 1 dari Jerman menandatangani perjanjian bermilai 1 juta Dolar US untuk siaran langsung perlumbaan Dron selama 15 bulan.

Perlumbaan Drone akan melibatkan litar yang dilengkapi laluan berhalang dimana pengendalinya akan berlumba dengan kelajuan tinggi sehingga 100 kilometer sejam.

Usaha sama syarikat penyiaran merupakan salah satu langkah dalam memperkenalkan perlumbaan Drone kepada dunia yang dilihat semakin popular dan mempunyai peminat tersendiri.

Nick juga menjangkakan sukan ini mampu bersaing hebat dalam dunia penyiaran seperti perlumbaan Formula 1, dan Nascar.

Tambahnya lagi sebagai percubaan, siaran langsung DRL juga akan dipaparkan di laman sesawang secara percuma untuk menilai berapa ramai penonton yang melihat perlumbaan ini.

Percubaan awal telahpun dijalankan ketika siaran langsung Perlumbaan Drone peringkat Kebangsaan, kejohanan bertaraf amatur yang dijalankan di New York.

Hasil kajian daripada Nielsen mendapati 223 000 penonton yang menyaksikan perlumbaan itu secara langsung menerusi saluran ESPN.

- Advertisement -