Adam Norrodin
Adam Norrodin

Oleh Ku Mohd Lufti

Dua pelumba Moto 3 negara, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin bergelut dalam misi memburu petak permulaan bagi saingan Moto GP Sepanyol minggu ini.

Khairul Idham hanya mampu melakar masa1 minit 40.163 saat untuk menduduki tempat ke 25 daripada 35 pelumba yang beraksi.

Manakala Adam Norrodin melakar masa 1 minit 40.957 saat untuk berpuashati di kedudukan ke 30.

Pelumba tuan rumah, Estrella Galicia paling pantas dipusingan kelayakan dengan catatan masa 1 minit 39.261 saat, sekaligus memulakan perlumbaan dipetak paling depan.

Brad Binder daripada Red Bull KTM Ajo kedua, ketinggalan 0.018 saat dibelakang Galicia sementara Hiroki Ono daripada Honda Team Asia ketiga terpantas.

Dalam pada itu, pelumba negara yang beraksi dalam saingan Moto 2, Hafizh Syahrin juga berdepan prestasi tidak menentu di Sepanyol selepas sekadar menduduki tempat ke 24 dalam pusingan kelayakan.

Hafizh mencatat masa 1 minit 36.012 saat, ketinggalan lebih satu minit dibelakang pelumba Ajo Motorsport Johann Zarco yang akan memulakan perlumbaan dipetak paling depan dengan catatan masa 1 minit 34.879 saat.

Dalam aksi MotoGP, dua pelumba tuan rumah, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez membuktikan kemamouan mereka di depan penyokong sendiri.

Lorenzo memanfaatkan kelebihan di Litar Ricardo Tormo apabila meraih petak hadapan dengan memecah rekod sesi kelayakan, 1 minit 29.401 saat.

Juara dunia 2016, Marc Marquez, berpuas hati di petak kedua dengan catatan masa 1 minit 29.741 saat, manakala rakan sepasukan Lorenzo, Valentino Rossi ketiga terpantas.

GP Sepanyol merupakan perlumbaan terakhir bagi saingan Moto GP musim 2016.

- Advertisement -