petaling-bc

Oleh Ku Mohd Lufti

Juara bertahan Junior Purple League (JPL) musim lalu, Kelab Badminton Petaling (PBC) optimis mampu mempertahankan sekaligus muncul juara kali kedua berturut turut.

Sandaran pastinya terletak dibahu pemain perseorangan Yeoh Seng Zoe yang berpengalaman luas dalam pertandingan antarabangsa.

PBC bagaimanapun bakal beraksi tanpa Seng Zoe yang kini bersama pasukan pelapis kebangsaan, manakala Leong Jun Hao yang di Kejohanan Jemputan Remaja Antarabangsa di Poland minggu depan.

Sandaran untuk saingan pembukaan menentang Muar BC esok digalas beregu lelaki, Cheng Tang Jie dan Man Wei Chong yang menjuarai Kejohanan Remaja Antarabangsa Malaysia Bawah 19 Tahun di Terengganu dua minggu lalu.

Dalam acara perseorangan perempuan pula, PBC menaruh harapan kepada Yap Yee serta pemain import dari Thailand Chasinee Krepop untuk mencipta kemenangan.

Jelas pengurus pasukan AJ Wong rata rata pemain PBC beraksi di Kejohanan Remaja di Terengganu dan ia pastinya memberi kelebihan buat kelab itu.

ā€œKami memiliki pasangan beregu yang kuat iaitu Tang Jie dan Wei Chong, saya pasti mereka yang unggul di Terengganu baru-baru ini akan memainkan peranan penting kepada pasukan kami untuk melaksanakan misi bagi meraih kejuaraan buat kali kedua.

ā€œChasinee yang merupakan pemain remaja nombor dua Thailand, adalah juara Kejohanan Remaja Antarabangsa Malaysia Bawah 19 Tahun di Terengganu sementara Yap Yee mara hingga ke suku akhir dalam kejohanan itu.ā€ ā€ Kata AJ Wong.

Aj juga tidak mahu pemain pemain memandang rendah kemampuan pasukan lain yang mampu menjejaskan misi mempertahankan kejuaraan.

Kelab Badminton Ampang, Kelab Badminton Kepong dan Kelab Badminton Cheras antara pasukan yang dilabel sebagai pencabar terdekat PBC untuk melakar kejuaraan pada tahun ini.

Selepas berdepan Muar BC, Petaling BC akan turun berdepan Bandar Utama BC disebelah pagi dan melengkapkan jadual tiga pusingan awal menentang Serdang BC pada 25 September di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

10 pasukan akan berentap dalam Divisyen Satu iaitu Petaling BC Muar BC, Bangsar Hawks, Kepong BC, Ā Bandar Utama BC, Cheras BC, Serdang BC, Ampang Jaya BC , Petaling Jaya BC serta Puchong United.

Pusingan seterusnya iaitu pusingan empat hingga enam di Ampang Jaya (1-2 Oktober) dan pusingan ketujuh hingga sembilan (15-16 Oktober) akan menoktahkan siapakah juara JPL 2016.

Selepas itu Junior Champions Challenge pula akan membuka tirai di Sports Arena, Bukit Serdang dari 20-23 Oktober.

- Advertisement -