Penganjur Petronas Le Tour de Langkawi 2022 mengumumkan penutupan Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee untuk memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal PETRONAS Le Tour de Langkawi 2022 pada Selasa, 11 Oktober.

Ia bagi memberi laluan kepada acara penamat Peringkat 1 perlumbaan dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur yang akan melalui Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee berhadapan Kuala Lumpur City Centre.

Penutupan laluan itu adalah secara berperingkat dengan penutupan Jalan Ampang dari 10 pagi himgga 6 petang, manakala Jalan P.Ramlee akan ditutup bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. .

Lencongan bagi laluan berkenaan akan diatur oleh pihak berkuasa Polis di Raja Malaysia (PDRM). Pengguna jalanraya di kawasan bekenaan dinasihatkan mengelak laluan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif selain mengikut arahan polis untuk melancarkan aliran trafik.

- Advertisement -