DENGAN hanya 104 hari menjelang bermulanya temasya Kuala Lumpur 2017, gergasi petroleum negara Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) memberi suntikan dana dengan komitmen sebagai penaja Platinum Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada Ogos dan September ini.
PETRONAS menjadi ahli keluarga terbaru KL2017 dengan tajaan kategori platinum bernilai antara RM7.5 juta hingga RM15 juta.
Tajaan itu sekaligus memberikan hak kepada PETRONAS sebagai Rakan Bahan Api Rasmi KL2017, penaja Platinum kelima dalam senarai keluarga KL2017 selepas Telekom Malaysia (TM), FBT, NAZA dan Ajinomoto.
Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin berkata selain muncul sebagai penaja bahan api bagi 300 kenderaan rasmi KL2017 nanti, PETRONAS turut membantu dalam usaha mempromosikan temasya sukan dwi tahunan terbesar serantau itu.
āBeberapa stesen PETRONAS terpilih akan terbabit menjualĀ barangan cenderahati KL2017 mulai Julai nanti. Usaha lain yang sedang dibincangkan termasuk kempen iklan khusus PETRONAS untuk temasya KL2017 dan pembabitan dalam Larian Obor,ā kata YB Brig Jen Khairy.
Pelanggan PETRONAS juga berpeluang mendapatkan kad MESRA dan Touch n Go edisi khas Kuala Lumpur 2017 yang akan mula dijual di stesen Petronas terpilih pada Jun nanti.
YB Brig Jen Khairy hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penajaan antara PETRONAS dan Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 pada Jumaat (5 Mei 2017) di Putrajaya.
MASOC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif DatoāSeri Zolkples Embong manakala PETRONAS oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) , Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar serta NaibPresiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) John Ng.
Mengulas mengenai jumlah keseluruhan tajaan setakat ini, YB Khairy berkata jumlah tajaan keseluruhan bagi KL2017 telah mencecah 88 peratus.
“Jumlah terkini adalah sebanyak RM71 juta melibatkan tajaan tunai, barangan serta perkhidmatan,ākata YB Brig Jen Khairy.