Oleh Ku Mohd Lufti

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Tan Sri Dr Ibrahim Saad mngharapkan ahli gabungan FAM agar memilih kepimpinan baru bagi penggal 2017 – 2021 secara rasional.

Jelas Ibrahim, kini bukan masa untuk memperkecilkan mana mana pihak yang akan bertanding di Kongres Pemilihan FAM kali ke 53, sebaliknya memilih tanpa melibatkan emosi.

Seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ibrahim juga bersikap neutral dan tidak mahu memilih calon mana yang layak untuk menduduki kerusi utama sebagai Presiden FAM samada Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau Tan Sri Annuar Musa.

“Saya lebih suka positif, sekiranya antara mereka menang, saya yakin mereka akan mencurahkan pengelaman dan keupayaan untuk kebaikan bolasepak negara.

“Tidak perlu untuk memperkecilkan mahupun menyakiti sesiapa, tetapilihat sebagai satu yang positif untuk bolasepak.

Tambahnya lagi, kedua dua calon bagi perebutan jawatan Presiden FAM mempunyai pengalaman yang luas dalam sukan bolasepak.

Isnin lalu, FAM mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kerusi panas Presiden di Kongres Pemilihan FAM ke 53 diantara pemilik kelab Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

- Advertisement -