Playoff 100PLUS Cabaran Ranking – Shuhaini ‘naik pangkat’ ke kumpulan A

609

Siti Nurshuhaini Azman memastikan kerja kerasnya berakhir dengan kejayaan selepas mengesahkan tempat ke kumpulan A dalam kedudukan dalam pasukan remaja kebangsaan.

Pemain berusia 16 tahun ini melakar kemenangan kedua berturut turut dalam saingan Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 sekaligus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan A&B perseorangan perempuan.

Kemenangan kedua Shuhaini diraih selepas menang straight set ke atas Khor Jing Wen 21-13, 21-18 sekaligus mengumpul dua mata selepas dua perlawanan

“Cara permainan saya di Playoff ranking ini lebih baik berbanding ketika saingan pada Oktober lalu kerana saya sudah melakukan latihan tambahan sebelum beraksi di pertandingan ini.

“Berada dalam kumpulan A nanti sudah tentu akan lebih mencabar kerana terdiri daripada pemain pemain yang lebih baik dan sudah tentu saya perlu menggandakan usaha,”kata Shuhaini.

Untuk rekod, Siti Nurshuhaini Azman merupakan juara kumpulan B perseorangan perempuan ketika 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020.

Dua pemain, Khor Jing Wen dan Loh Zhi Wei bakal menentukan siapa yang akan mengiringi Shuhaini selepas berkongsi satu mata untuk menghuni tangga kedua dan ketiga.

Kekalahan Khor Jing Wen membuka sedikit ruang kepada Loh Zhi Wei yang menang ke atas Joanne Ng May Yin dalam aksi tiga set, 21-18, 15-21, 30-28 untuk merebut slot ke kumpulan A, namun terpaksa menanti sehingga hari terakhir esok

“Sudah tentu saya juga mahukan slot untuk ke kumpulan A tetapi segalanya bergantung kepada perlawanan terakhir esok dan saya perlu menewaskan Siti Nurshuhaini,”kata Zhi Wei.

Sementara Khor Jing Wen perlu menang ke atas Joanne Ng pada perlawanan terakhir esok untuk mengisi nama dalam kumpulan A.

Dalam aksi perseorangan lelaki kumpulan A&B, V Poopathi masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sekaligus akan kekal dalam kumpulan A dalam pasukan remaja kebangsaan.

Beliau menundukkan Eogene Ewe Eon dalam pertarungan tiga set 23-21, 16-21, 21-16.

Eogene yang berada di kedudukan kedua semalam turun ke tangga ketiga manakala Dylan Ooi Ding Sheng menghuni tangga kedua selepas menewaskan Anson Cheong  21-14, 21-12.

Saingan playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 berlangsung dari 4 hingga 6 November akan menjadi penentu kedudukan pemain pemain dalam pasukan remaja kebangsaan.

Perseorangan perempuan bagi kumpulan B&C pula diungguli Carmen Ting dan Oo Shan Zi , berkongsi dua mata selepas melakar kemenangan ke atas lawan masing masing.

Carmen Ting menang straight set 21-17, 21-17 ke atas Chong Jie Yu, manakala Oo Shan Zi tidak berdepan masalah untuk menang ke atas Tan Shen Thing  dengan keputusan 21-15, 22-20.

Low Han Chen dan Ferdinan Ramno mengungguli dua kedudukan teratas perseorangan lelaki kumpulan B&C.

Low Han Chen menang ke atas Lok Hong Quann straight set 21-16, 21-17 manakala Ferdinan bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menang ke atas Aaron Tai 17-21, 21-17, 21-19

Playoff 100PLUS Cabaran Ranking Remaja Kebangsaan 2020 dilangsungkan secara tertutup di Stadium Juara, Bukit Kiara melibatkan pemain pemain remaja yang kembali menjalani latihan secara berperingkat di Akademi Badminton Malaysia, ABM pada Julai lalu.

Keputusan Perlawanan Playoff

Kumpulan C & D Perseorangan Perempuan 

Shaneesa Shahidi – Tan Zhing Hui (Walkover) 
Wong Lily – Noraqilah Maisarah Ramdan (21-14, 22-20) 

Kumpulan C & D Perseorangan Lelaki 

Kee Is Qian – Kong Teck Joon (21-15, 21-16) 
Lee Yen Wei – V Tamilarasukumar (19-21, 21-12, 21-19) 

Kumpulan B & C Perseorangan Perempuan 

Oo Shan Zi – Tan Shen Thing (21-15, 22-20) 
Carmen Ting – Chong Jie Yu (21-17, 21-17) 

Kumpulan B & C Perseorangan Lelaki 

Low Han Chen – Lok Hong Quan (21-16, 21-17)  
Ferdinan Ramno – Aaron Tai (17-21, 21-17, 21-19) 

Kumpulan A & B Perseorangan Perempuan

Siti Nurshuhaini Azman – Khor Jing Wen (21-13, 21-18) 
Loh Zhi Wei – Joanne Ng May Yin (21-18, 15-21, 30-28)  

Kumpulan A & B Perseorangan Lelaki

V Poopathi – Eogene Ewe Eon (23-21, 16-21, 21-16)  
Dylan Ooi Ding Sheng – Anson Cheong  (21-14, 21-12) 

- Advertisement -