Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) memutuskan untuk tidak menyalurkan sebarang dana kepada mana mana Persatuan Sukan Kebangsaan yang masih belum menyelesaikan tunggakan yang diminta.

Kebanyakkan persatuan sukan kebangsaan masih belum mencairka aset yang digunakan ketika penganjuran Sukan SEA Filipina pada 2019.

Pesuruhjaya Sukan Filipina, Ramon Fernandez menjelaskan, PSC telah mengarahkan semua persatuan sukan untuk mencairkan aset sehingga penghujung 2020.

Namun ia masih belum diselesaikan dan PSC mengambil keputusan untuk menghentikan bantua dana kepada persatuan sukan.

Ia bagaimanapun tidak akan menjejaskan atlet dimana PSC akan menyalurkan bantuan secara terus kepada mereka dan berisan kejurulatihan melalui Kementerian Sukan.

Tambah Fernandes kepada media tempatan, PSC akan menghormati permintaan persatuan sukan kebangsaan yang mahukan kebebasan dalam menguruskan organisasi. Namun PSC pada masa yang sama turut berharap mereka lebih telus dalam menguruskan kewangan. 

Inisiatif PSC yang mahukan persatuan sukan mendaftar kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Securities and Exchange Commission) dan menyerahkan penyata kewangan setiap tahun.

Sementara itu, PSC juga akan mengeluarkan garis panduan kepada persatuan sukan untuk membenarkan latihan secara tertutup kepada atlet atlet yang akan mengharungi jadual padat sepanjang tahub 2021.

 

 

- Advertisement -