Pelumba muda dalam pembikinan, Mohd Ramdan Mohd Rosli bakal membuat penampilan pertama dalam aksi Moto2 Kejuaraan Dunia (MotoGP) apabila pasukan PETRONAS AHM Malaysia mengumumkan pelumba itu akan beraksi atas tiket wildcard di Grand Prix Catalan di Litar Catalunya, Sepanyol pada 12 hingga 14 Jun ini.
Penyertaan ini juga merupakan aksi wildcard kedua pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS di pentas MotoGP apabila turut tampil atas tiket wildcard kategori Moto3 di Grand Prix Malaysia di Sepang, tahun lepas.
Penampilan ini juga merupakan penampilan kedua Ramdan di dalam kelas Moto2 selepas beraksi dalam saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Moto2 Eropah di Portugal, bulan lepas di mana dia menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-16 dan kedudukan ke-22 pada Perlumbaan 2.
Pelumba berusia 20 tahun itu akan menjalani sesi ujian selama dua hari bagi memahami dan membiasakan diri dengan jentera yang akan digunakan untuk aksi wildcard nanti.
Selain Ramdan, pelumba Malaysia lain yang turut beraksi dalam kelas Moto2 termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Raceline Malaysia) yang juga merupakan pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Azlan Shah kamaruzaman (Honda Team Asia) dan Zaqhwan Zaidi (JP Moto).
Pengurus pasukan, Kenny Chua merupakan individu yang mula mengesan bakat Ramdan sejak berusia 12 tahun lagi dan sejak itu kerjasama mereka telah berjaya membawa kepada beberapa gelaran di dalam siri kejuaraan yang disokong oleh PETRONAS iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysia.
Pada tahun 2011, pelumba kelahiran Klang itu menyertai Program Pembangunan Bakat PETRONAS, program yang menyediakan peluang dan platform untuk bakat muda sukan permotoran Malaysia untuk mengembangkan karier perlumbaan mereka.
Tidak cukup dengan kejayaan dalam siri tempatan, Ramdan turut beraksi di peringkat benua seperti pentas Kejuaraan Motosikal Asia di mana dia beraksi dalam kelas Underbone 115cc pada tahun 2010 dan 2011 serta kelas lebih kompetitif, SuperSports 600cc pada tahun 2012 dan 2013.
Ramdan turut beraksi dalam beberapa siri perlumbaan kelas 600cc di luar negara seperti di China, Taiwan, Indonesia dan Australia sebelum beralih ke saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) pada tahun 2014 dan Kejuaraan Moto2 Eropah pada musim 2015.
Rizan Ismail, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik, PETRONAS
Penyertaan wildcard Ramdan ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi Program Pembangunan Bakat PETRONAS. Peluang ini merupakan medan pendedahan berguna dan sebagai persediaan untuk perkembangan karier perlumbaannya. Kami yakin dapat melihat lebih banyak kemajuan terhadap Ramdan melalui kerja keras dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Ramdan. Kami di PETRONAS gembira kerana dapat memainkan peranan dalam proses perkembangannya elama ini dan kami berharap Ramdan serta pasukan PETRONAS AHM dapat melakukan yang terbaik di Catalunya.
Ramdan Rosli – Pelumba Moto2 Program Pembangunan Bakat PETRONASÂ
Saya sangat gembira dengan keputusan tentang penyertaan wildcard ini. Saya berterima kasih kepada pasukan kerana membuat perancangan dan permohonan untuk aksi wildcard di Catalunya. Kami ada bercakap tentang peluang ini sebelum Kejuaraan Eropah bermula di Portimao dan semua yakin dan positif dengan permohonan yang dilakukan. Kami mempunyai tempoh ujian selama dua hari di Catalunya awal Jun ini. Pada masa sama berharap dapat mengekalkan momentum beraksi di GP dan Kejuaraan Eropah pada minggu berikutnya. Saya sedar perlumbaan ini agak mencabar tambahan pula ini aksi kedua saya dalam kategori Moto2. Namun saya berharap dapat menimba pengalaman berguna sebanyak mungkin melalui peluang yang diterima. Kedudukan litar hanya 30 minit sahaja dari tempat tinggal kami di Castellbisbal dan boleh dikatakan ia sebagai litar kedua saya selain aksi di halaman sendiri di Litar Sepang.
Kenny Chua – Pengurus Pasukan PETRONAS AHM Malaysia
Bukan mudah untuk membuat keputusan tentang aksi wildcard ini memandangkan ia adalah perlumbaan kedua Ramdan dalam saingan Moto2. Meletakkan Ramdan beraksi bersama pelumba-pelumba handalan sedia ada mungkin satu perkara agak mencabar, namun kami harap dia dapat belajar seberapa banyak perkara dan berharap dia dapat menguruskannya semuanya dengan baik. Seluruh pasukan agak teruja dengan peluang ini; dengan harapan lebih banyak dia beraksi dapat membantu perkembangannya dengan lebih cepat. Kami tidak meletakkan sebarang sasaran pada perlumbaan itu nanti tetapi berharap Ramdan dapat memberikan aksi terbaik dan menamatkan perlumbaan.
Â
RAMDAN EARNS MAIDEN MOTO2 WILDCARD TICKET AT CATALUNYA
 Upcoming racer, Ramdan Rosli is set for his first Moto2 World Championship wildcard ride as Team PETRONAS AHM Malaysia revealed he will compete in the Catalan Grand Prix at the Catalunya Circuit this 12 to 14 June.Â
The race marks the PETRONAS Talent Development rider’s second wildcard appearance in MotoGP, with the first being at last year’s Malaysian Grand Prix in Sepang where he competed in the lightweight Moto3 class.
This is also Ramdan’s second Moto2 outing following the opening round of the Moto2 European Championship at Portugal last month to which he bagged a 16th place finish in Race 1 and crossed the finish line 22nd in the race.
In preparation for the thrilling race, the 20-year old will get a two-day test early next month to get better acquainted with the bike.
Team manager, Kenny Chua first discovered Ramdan when he was 12-years old and they have since developed a strong working relationship which saw them secure multiple titles in the PETRONAS supported Malaysian Cub Prix Championship.
In 2011, the Klang-born rider joined the PETRONAS Talent Development Programme, which provides bright young Malaysian motorsports talents with the tools and platforms to propel their racing careers.
Not limited to the national front, Ramdan was also active in the regional Asia Road Racing Championship where he competed in the Underbone 115cc (2010-2011) and the hyper competitive SuperSports 600cc in 2012 and 2013.
Ramdan also made several spot entries in various 600cc races in China, Taiwan, Indonesia and Australia throughout the year before making the leap to the Moto3 Spanish National Championship (CEV) in 2014 and the Moto2 European Championship for 2015.
Â
Rizan Ismail, General Manager, Brand Management Department, Group Strategic Communications, PETRONAS
Ramdan’s wildcard ride marks a vital step forward for the PETRONAS Talent Development Programme. This opportunity is meant to provide him with the exposure and prepare him better to progress in his racing career. We are confident we will see continued advancements from Ramdan through the hard work and perseverance that he has shown. For PETRONAS, we are happy to have played a part in his development so we wish him and Team PETRONAS AHM, all the very best in Catalunya.
Ramdan Rosli – PETRONAS Talent Development Moto2 rider
I am happy to hear about the wildcard acceptance. Thank you to the team as they have worked hard to put up the application and planning. We did talk about the possibility before the European Championship started in Portimao and everyone was positive about the application. We will have a two-day test in Catalunya early June and we could get the momentum going for both GP and the European Championship the following week. I know that the race will be tough for me as this will be my second race weekend on a Moto2 but I am hoping to gather as much experience as possible from this opportunity. The track is about 30 minutes away from our base in Castellbisbal and this is can be considered as a second home race for me apart from Sepang.
Kenny Chua – PETRONAS AHM Malaysia Team Manager
It was not easy to decide for this wildcard since this will be Ramdan’s second race weekend in Moto2. Throwing him in with the big boys will be tough but we expect Ramdan to learn as much as possible and hope that he will manage everything well. The team is excited; as this will translate to more rides and experience which will definitely help him grow faster. We hope that he will give his best and finish the race.