russia-paralympic-games

Oleh Ku Mohd Lufti

Meskipun tidak berpeluang untuk menyertai sukan Paralimpik di Rio de Janeiro yang sudahpun memulakan saingannya semalam, atlet atlet paralimpik negara Rusia tetap bertanding.

Mereka mengadakan pertandingan alternatif buat atlet atlet paralimpik Rusia sebagai salah satu persiapan untuk mengadapi sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

Pertandingan berlangsung di beberapa pusat latihan di sekitar bandar Moscow.

Acara olahraga, berbasikal, bola tampar duduk,pig pong, tenis berkerusi roda dana beberapa lagi sukan dilangsungkan di Novorogsk.

Jelas sekali atlet para Rusia kecewa apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggantung kesemua atlet negara Rusia selepas ramai atlet negara itu gagal dalam ujian doping.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) turut sama mengambil keputusan untuk menggantung atlet paralimpik negara Rusia sekaligus terlepas aksi di Rio de Janeiro.

Namun ia tidak mematahkan semangat para atlet yang berazam mahu melupakan kekecewaan 2016 sekaligusmemberi tumpuan terhadap persiapan ke Paralimpik Tokyo 2020 nanti.

“Kami perlu terus maju ke depan dan akan menjadi lebih kuat. Kami mamou mengatasi situasi ini dan akan menewaskan semua orang di kejohanan antarabangsa akan datang.”kata juara dunia bagi acar berbasikal Alexei Obydennov.

Kejohanan yang diadakan turut disaksikan Menteri Sukan Rusia, Vitaly Miyko yang mengharapkan atlet para negara Rusia akan dibenarkan untuk mengambil bahagian di kejohanan antarabangsa.

- Advertisement -