Pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT), Muhd Safawi Rasid dilamar kelab dari Liga Premier Portugal, Portimonense SC.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim, Martin Prest menerusi laman sosial Johor Southern Tigers.

Tiada makluman lanjut didedahkan Prest kerana proses rundingan melibatkan pemain berusia 23 tahun itu masih berjalan.

JDT tidak memberi halangan kepada pemaion sayap kebangsaan itu untuk berhijrah ke Eropah untuk meneruskan kariernya sebagai pemain.

Safawi membuat 50 penampilan sejak berhijrah ke JDT pada 2017 dan menjaringkan 15 gol.

Penglibatannya dalam skuad Harimau Malaya tidak boleh dinafikan sebagai penggerak dalam barisan serangan dan turut mencatat nama selaku penjaring.

Tahun 2019 boleh diibarat tahun kecemerlangannya apabila dinobat selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol dihasilkan malah turut dipilih sebagai Pemain Terbaik.

Malah pemain kelahiran Terengganu itu turut merangkul gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan pada 2018 dan 2019.

 

 

 

- Advertisement -