Satheistharan Buat Kelab Badminton Cheras Gigit JariSatheistharan Buat Kelab Badminton Cheras Gigit Jari. Kredit Foto – 1Titan.com

Resorts World Genting Champions Challenge - Logo 240x276Pemain remaja kebangsaan, R.Satheistharan muncul wira Kelab Badminton Petaling Jaya apabila kemenangannya ke atas Arif Abdul Latif dalam aksi perseorangan lelaki terakhir memastikan pasukan itu menamatkan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 di tempat kelima.

Dalam aksi cukup menghiburkan di Arena of Stars, Petaling Jaya menundukkan Kelab Badminton Cheras 14-11 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM38,000 manakala Cheras di tempat keenam menerima RM28,000. Ā 

Petaling Jaya dan Cheras yang menghimpunkan antara bakat tempatan terbaik yang pernah dan masih mewarnai arena badminton tanah air, turun ke perlawanan klasifikasi tempat kelima tanpa sebarang harapan besar, dan kedua-dua pasukan tidak mengecewakan penonton yang hadir memberi sokongan apabila bertarung sengit penuh dramatik sehingga ke aksi terakhir.

Yogendran yang juga jurulatih Petaling Jaya BC turut turun beraksi untuk memberi saingan di dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan lawan.
Yogendran yang juga jurulatih Petaling Jaya BC turut turun beraksi untuk memberi saingan di dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pasukan lawan. Kredit Foto – 1Titan.com

Zulfadli Zulkifli yang mendapat suntikan moral terbaik setelah disenarai dalam skuad kelayakan Piala Thomas, mengetepikan kecederaan yang dialami pada set kelima untuk memberikan Cheras permulaan baik dengan menewaskan bekas pemain kebangsaan, K.Yogendran 3-2 (11-8, 7-11, 11-7, 8-11, 11-8) setelah masing-masing berentap hampir satu jam. Ā Ā Ā Ā 

Yogendran yang juga jurulatih Petaling Jaya berkata, ā€œMemang kami turun ke Cabaran Juara-Juara tanpa sebarang tekanan, kerana kami tiada sebarang sasaran khusus di sini. Tumpuan kita hanyalah pada liga, dan tanpa barisan pemain terkuat yang kebanyakan terlibat dengan GP Emas minggu depan, kami bagi semua pemain yang ada untuk main dan rasai suasana bermain di sini.

ā€œIanya satu suasana yang cukup hebat, kita tutup cabaran dengan perlawanan yang menghiburkan. Ini antara perlawanan yang ada ramai pemain tempatan yang bagus. Razif (Latif), (Ng) Hui Lin, Arif (Latif), Azryn (Ayub), (Yang) Li Lian, Satheistharan dan tidak lupa, Zulfadli (Zulkifli). Saya harap Zulfadli akan buat yang terbaik di Kelayakan Piala Thomas nanti,ā€ ujar Yogendran.

Zulfadli Zulkifli menewaskan bekas pemain kebangsaan, K.Yogendran 3-2 (11-8, 7-11, 11-7, 8-11, 11-8) setelah masing-masing berentap hampir satu jam dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015. Kredit Foto - 1Titan.com
Zulfadli Zulkifli menewaskan bekas pemain kebangsaan, K.Yogendran 3-2 (11-8, 7-11, 11-7, 8-11, 11-8) setelah masing-masing berentap hampir satu jam dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015. Kredit Foto – 1Titan.com

Kemenangan Zulfadli bagaimanapun gagal dituruti oleh pemain perseorangan wanita, Febby Angguni yang tewas kepada bekas pemain perseorangan wanita negara, Yang Li Lian juga dengan keputusan 3-2 sekaligus membolehkan Petaling Jaya mengikat kedudukan 5-5.Ā 

Petaling Jaya kemudiannya mendahului 8-7 apabila beregu campuran Prajakta Sawanth/Songphong Anugritayawon mengetepikan kebangkitan lewat gandingan dua bekas pemain kebangsaan Razif Latif/Ng Hui Lin ā€“ kesilapan Hui Lin yang melakukan servis pendek pada mata terakhir membolehkan Prajakta/Songphong menang 3-2 (11-7, 11-8, 4-11, 6-11, 11-10).

Febby Angguni yang berusia 25 tahun (lahir pada 8 Julai 1991) berasal dari Bandung, Indonesia yang mewakili pasukan Cheras BC dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 ini.
Febby Angguni yang berusia 25 tahun (lahir pada 8 Julai 1991) berasal dari Bandung, Indonesia yang mewakili pasukan Cheras BC dalam Kejohanan Cabaran Juara-Juara Resorts World Genting 2015 ini.

Petaling Jaya kemudian mengukuhkan kelebihan apabila beregu lelaki, Or Ching Chung/Tan Chung Man bangkit dari kekalahan set pertama untuk menewaskan Hafizi Hashim/Azryn Ayub dengan keputusan 3-2.

Satheistharan yang memerlukan dua mata untuk memastikan Petaling Jaya muncul pemenang, melakukan tugasnya dengan baik untuk mendahului 2-0 dan kemudiannya berdepan kebangkitan Arif sebelum mengesahkan kemenangan 3-2 dalam masa 34 minit.

Terdahulu, Kelab Badminton Serdang mengesahkan kedudukan ketujuh dalam Cabaran Juara-Juara setelah menundukkan Kelab Badminton Petaling dalam perlawanan klasifikasi tempat ketujuh dan membawa pulang RM23,000. Ā 

- Advertisement -