Tiga negeri, Selangor, Johor dan Sabah nyata mempunyai bakat dan pemain pelapis yang mantap apabila masing masing merangkul tiga kejuaraan dalam aksi final di Divisyen Satu Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang berlangsung di Pulau Pinang hari ini.

Pulau Pinang yang seringkali dikaitkan dengan kecemerlangan dalam menghasilkan baka bakat baru samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa hanya meraih satu kejuaraan menerusi bergu perempuan bawah 12 tahun, Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi.

Sementara saingan Divisyen Tiga yang berlangsung di Putrajaya hari ini menyaksikan Pahang mendominasi tujuh daripada 12 kejuaraan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun sementara Kelantan dan Putrajaya masing masing meraih dua kejuaraan manakala Terengganu meraih satu kejuaraan.

Tumpuan utama terarah di Pulau Pinang dimana Selangor mengungguli saingan bawah 16 tahun selepas menyingkirkan pemain pemain pilihan termasuk perseorangan lelaki, Samuel Lee yang tewas 21-16, 9-21, 14-21 ke atas Chua Kim Sheng dalam masa 52 minit.

Selangor turut melakar kejutan dalam aksi perseorangan perempuan bawah 16 tahun menerusi K Letshana yang menundukkan pilihan pertama kejohanan, Arena Satu Samin dari Sabah dengan kemenangan straight set 21-11, 21-11.

Letshaana terus cemerlang dalam acara bergu perempuan apabila gandingannya bersama Loh Zhi Wei menang ke atas pasangan Johor, Ler Yee Huey-Teoh Ju Kee straight set 21-18, 21-10.

Aksi final bawah 14 tahun, pilihan utama perseorangan lelaki dari Sabah, Andrew Aguwell muncul juara selepas menang ke atas wakil Johor, Azuan Amirul Imran di pentas final, namun terlepas peluang untuk meraih kejuaaran berganda dalam acara bergu lelaki selepas gandingannya dan Carlester Cleve James tewas di tangan pasangan Johor Goh Shao Tang-Muhd Nurhakim Sagidon 17-21, 11-21.

Final perseorangan perempuan bawah 14 tahun pula diungguli pemain Sabah, Jovine Calvin yang melakar kemenangan 18-21, 21-16, 21-8 ke atas pilihan pertama dari Selangor, Loh Hor Yan dalam masa 50 minit.

Hasrat Samuel Lee untuk menebus kekecewaan dalam acara bergu lelaki bawah 16 tahun tidak kesampaian selepas gandingannya dengan Tan Wei Liang gagal mengatasi pasangan Liew Xun-Ng Tze Chian yang menang 22-20, 21-19 untuk muncul juara.

Dalam saingan Divisyen Tiga, Goo Vie Keat menepati ramalan untuk muncul juara perseorangan lelaki bawah 16 tahun selepas menang straight set ke atas rakan sepasukan Kang Wei Shern 21-14, 21-8.

“Di luar gelanggang kami adalah saudara tetapi ketika di gelanggang, kami adalah musuh,”kata Vi Keat.

Impian untuk melihat kakaknya, Goo Vie Nie untuk muncul juara perseorangan perempuan bawah 16 tahun bagaimanapun tidak kesampaian selepas tewas kepada pilihan kedua dari Pahang, Evelyn Ng Yan Ni 11-21, 10-21.

“Saya ada perancangan untuk hadapi perlawanan final tetapi ia tidak berkesan terhadap pemain lawan yang lebih tinggi. Tetapi ianya masih merupakan pencapaian yang terbaik unuk saya dan akan perbaiki kekurangan,”kata Vie Nie.

Pahang turut merangkul kejuaraan dalam acara bergu perempuan bawah 16 tahun dan perseorangan lelaki dan perempuan bagi bawah 14 tahun dan 12 tahun.

Keputusan perlawanan Akhir

Division 1 (Pulau Pinang)

Lelaki

Bawah 16 tahun

Perseorangan

Chua Kim Sheng (Sel) lawan Samuel Lee (Pen) 16-21, 21-9, 21-14

 

Bergu

Liew Xun-Ng Tze Chian (Joh) lawan Samuel Lee-Tan Wei Liang (Penang) 22-20, 21-19

Bawah -14

Perseorangan

Andrew Aguwell (Sab) lawan Azuan Amirul Imran (Joh) 21-14, 21-17

Bergu

Goh Shao Tang-Muhammad Nurhakim Sagidon (Joh) lawan Andrew Aguwell-Carlester Cleve James (Sab) 21-17, 21-11

Bawah -12

Perseorangan 

Hao Feng Low (KL) lawan Kong Teck Joon (Sel) 16-21, 21-16, 21-15

Bergu

Hao Feng Low-Najib Irfan Aqil (KL) lawan Branson Hee Hek Fang-Kong Teck Joon (Sel) 21-12, 21-12

Perempuan

Bawah -16

Perseorangan

Letshaana (Sel) lawan Arena Satu Samin (Sab) 21-11, 21-11

 

Bergu

Letshaana-Loh Zhi Wei (Sel) lawan Ler Yee Huey-Teoh Ju Kee (Joh) 21-18, 21-10

Bawah -14

Perseorangan

Jovine Calvin (Sab) lawan Selina Loh Hor Yan (Sel) 18-21, 21-16, 21-8

Bergu

Sharlyn Vivian George-Cassey Rynn Rompog (Sab) lawan Selina Loh Hor Yan-Wong Zi Yi (Sel) 21-13, 21-10

Bawah -12

Perseorangan

Dania Sofea Zaidi (Joh) lawan Oo Shan Zi (Pen) 21-17, 21-18

Bergu

Christine Lam Mei He-oo Shan Zi (Pen) lawan Lai e Yun-Dania Sofea Zaidi (Joh) 21-11, 21-17

Division 3 (Putrajaya)

Lelaki

Bawah -16

Perseorangan

Goo Vie Kieat (Kel) lawan Kang Wei Shern (Kel) 21-14, 21-8

 

Bergu

Hafizullah Mohd Shukran-Azim Izzudin Rosli (Kel) lawan Hadi Ahmad Azamuddin Husin-Fawwaz Zainuddin (PJ) 21-19, 21-10

Bawah – 14

Perseorangan

Amirul Amin Mazeham (PJ) lawan Low Teck Hwa (Kel) 21-17, 21-9

Bergu

Azhar Adam Danish-Amirul Amin Mazeham (PJ) lawan Low Teck Hwa-Sek Win Shen (Kel) 21-15, 21-19

Bawah -12

Perseorangan

Lim Boon Le (Pah) lawan Teng Zhi Hong (PJ) 21-18, 21-9

Bergu

Lim Boon Le-Fairuzizuan Mazeland (Pah) lawan Teng Zhi Hong-Wong Xuan Xu (PJ) 21-16, 21-17

Perempuan

Bawah -16

Perseorangan

Evelyn Ng Yan Yi (Pah) lawan Goo Vie Nie (Kel) 21-11, 21-10

Bergu

Evelyn Ng Yan Yi-Tan Jet Sin (Pah) lawan Nur Balqis Md Kher-Nur Hanis Sofea Zaki (Tgn) 21-17, 21-18

Bawah -14

Perseorangan

Nicole Yeo Feng Yue (Pah) lawan Nur Fatin Ezzaty Kamal Razaman (Tgn)21-16, 21-16

Bergu

Goh Sze Ning-Nur Fatin Ezzaty Kamal Razaman (Tgn) lawan Nur Aishah Nadhira-Nurul Athirah Najib (PJ) 21-16, 22-20

Bawah-12

Perseorangan

Chloe Yeo Feng Yun (Pah) lawan Asma Husna Zakaria (Tgn) 15-21, 25-23, 21-19

Bergu

Chloe Yeo Feng Yun-Ng Wen Yi (Pah) lawan Nur Syahira Nabila Rozi-Asma Husna Zakaria (Tgn) 21-14, 21-14

SELANGOR, JOHOR, SABAH SHARE THE SPOILS IN DIVISION 1, PAHANG REIGN SUPREME IN DIVISION 3

Junior badminton talent is well balanced among the top badminton states and this was reflected as Selangor, Johor, and Sabah clinched three titles each in Division One of the 100PLUS National Junior Circuit finals which ended in Penang on Wednesday.

Surprisingly, Penang, known for producing badminton stars, both at national and international level, could only one winner and this was the girls’ Under-12 doubles through top seeds Christine Lam Mei he-Oo Shan Zi. 

Over in Putrajaya, although playing in the lower tier Division Three, Pahang made heads turn when the state swept seven titles in the boys’ and girls’ Under-16, Under-14 and Under-12 categories while Kelantan and Putrajaya won two each while Terengganu one.

The focus, however, was in Penang where Selangor came out tops in the Under-16 category for boys’ and girls’ singles which also saw the shock defeat of top seed and home favorite Samuel Lee who fell to a 16-21, 21-9, 21-14 defeat to Selangor’s Chua Kim Sheng in 52 minutes.

Selangor also took the girls’ Under-16 singles through fast rising K. Letshaana when the second seed upset top seed Arena Satu Samin of Sabah in straight games 21-11, 21-11.

Letshaana went on to complete a grand double by winning the doubles with Loh Zhi Wei, clinching a 21-18, 21-10 victory over Johor’s Ler Yee Huey-Teoh Ju Kee in the final.

Sabah’s Andrew Aguwell, the top seed, lifted the boys’ Under-14 singles title, knocking out Johor hopes Azuan Amirul Imran in the final but was denied a double when he and Carlester Cleve James went down to Johor’s Goh Shao Tang-Muhammad Nurhakim Sagidon 17-21, 11-21 in the doubles.

Unseeded Jovine Calvin gave Sabah the girls’ Under-14 singles crown with an upset three-game 18-21, 21-16, 21-8 win over top seed Selina Loh Hor Yan of Selangor in a 50-minute battle.

It was another blow for Samuel Lee in the boys’ Under-16 doubles when he and partner Tan Wei Liang lost a close encounter to Johor’s Liew Xun-Ng Tze Chian 20-22, 19-21.

As expected Goo Vie Kieat lived up to his top billing when he defeated his cousin Kang Wei Shern 21-14, 21-8 in all Kelantan final in the boys’ Under-16.

“Off the court we are cousins but on the court we are rivals,” said Vie Kieat after his win.

Vie Keat’s sister Vie Nie, however, failed to make it a double for the Goo family she went down to Pahang’s second seed Evelyn Ng Yan Ni 21-11, 21-10 in the girls’ Under-16 singles final.

“I had some strategies in the final but it did not work out against my taller opponent. Still, it is an achievement for me and I will work on my shortcomings,” said Vie Nie.

Pahang also took the girls’ Under-16 doubles, the Under-14 singles and the Under-12 singles and doubles for both, boys’ and girls’.

- Advertisement -