Susulan keputusan bintang Barcelona, Lionel Messi yang berang dengan situasi semasa kelabnya, gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City mula mengikuti perkembangan lagenda Argentina itu dengan harapan berpeluang untuk membawanya ke England.

Kali ini, The Citizen akan melakukannya dengan teliti tanpa melanggar undang undang yang telah ditetapkan bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan.

Segalanya bergantung kepada pemain berusia 33 tahun itu untuk menentukan masa depannya bersama The Catalan selepas dilaporkan berang apabila perbincangannya dengan pengendali baru kelab itu Ronald Koeman dibocorkan.

Malah, pengurusan Barcelona turut bersedia dengan ‘perancangan’ tersendiri andai Messi memutuskamn mahu meninggalkan Nou Camp dan akan memastikan beliau tidak akan keluar dengan begitu mudah.

Klausa perpindahan £631 juta yang diletakkan kepada Messi jika ada mana mana kelab yang berminat untuk mendapatkannya ibarat ‘kata kata aluan’ sahaja daripada Barcelona.

Namun, Manchester City tampak tidak melihat ia sebagai halangan jika hasrat mereka untuk membawa Messi ke England mampu dijadikan kenyataan.

Laporan ESPN mendedahkan ada ahli lembaga kelab itu bersetuju untuk melepaskan Lionel Messi jika pemain itu tetap mendesak untuk meninggalkan kelab itu.

Malah, jika Messi berjaya dijual dengan harga yang ditetapkan ia sekaligus memberi peluang kepada pengurusan Barcelona untuk memulihkan semula struktur kewangan yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Selain Messi, penyerang kontroversi Uruguay, Luiz Suarez juga antara dalam radar yang akan dikeluarkan oleh kelab .

Kontral Messi akan tamat pada 2021 dan masa depannya bersama Barca masih samar selepas kekalahan memalukan kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara Juara Eropah di laman sendiri.

Selain City, gergasi Serie A, Juventus dan Inter Milan serta kelab Ligue 1, Paris St Germain juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Lionel Messi.

 

 

- Advertisement -