Berikut senarai nama 31 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa, 19 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI

21

SELANGOR FC

2.

SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN

20

SELANGOR FC

3.

AHMAD ZIKRI MOHD KHALILI

20

SELANGOR FC

4.

MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI

20

SELANGOR FC

5.

QUENTIN CHENG JIUN-HO

23

SELANGOR FC

6.

HARITH HAIQAL ADAM AFKAR

20

SELANGOR FC

7.

AHMAD DANIAL AHMAD ASRI

22

SELANGOR FC

8.

MUHAMAD SYAHIR BASHAH

21

SELANGOR FC

9.

ALIFF HAIQAL LOKMAN HAKIM LAU

22

SELANGOR FC

10.

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR

19

SELANGOR FC 2

11.

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM

20

SELANGOR FC 2

12.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

23

TERENGGANU FC

13.

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD

21

TERENGGANU FC

14.

MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL

22

TERENGGANU FC

15.

MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT

22

TERENGGANU FC

16.

MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM

21

TERENGGANU FC

17.

SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN

23

TERENGGANU FC II

18.

MUHAMMAD NUR AZFAR FIKRI AZHAR

22

TERENGGANU FC II

19.

MUHAMMAD MUSLIHUDDIN ‘ATIQ MAT ZAID

21

TERENGGANU FC II

20.

MUHAMMAD SAFWAN MAZLAN

20

TERENGGANU FC II

21.

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN

20

JOHOR DARUL TA’ZIM II

22.

DARYL SHAM A/L K.K.GEORGE

20

JOHOR DARUL TA’ZIM II

23.

AHMAD AYSAR HADI MOHD SHAPRI

19

JOHOR DARUL TA’ZIM II

24.

MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI

21

JOHOR DARUL TA’ZIM III

25.

MUHAMMAD AZRI AB GHANI

23

KUALA LUMPUR CITY FC

26.

MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI

19

KUALA LUMPUR CITY FC

27.

LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN

20

KV KORTRIJK

28.

MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL

21

KEDAH DARUL AMAN FC

29.

MUHAMMAD UBAIDULLAH SHAMSUL FAZILI

19

SKUAD PROJEK FAM-MSN

30.

SELVAN A/L ANBUALAGAN

22

NEGERI SEMBILAN FC

31.

MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

22

AZUL CLARO

Daripada senarai pemain di atas, Maloney telah memanggil 19 pemain dari skuad 23 pemain yang telah membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2022 selepas muncul juara Kumpulan J, saingan kelayakan di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

Turut tersenarai, dua pemain lain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022 iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN) dan A. Selvan (Negeri Sembilan).

Baki 10 lagi pemain yang turut dipanggil kali ini terdiri daripada tiga pemain Selangor FC – Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal; dua pemain Johor Darul Ta’zim II – Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi; penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim; dua pemain Terengganu FC II, Muslihuddin ‘Atiq dan Safwan Mazlan; pemain Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli serta pemain kelab Jepun, Azul Claro iaitu Hadi Fayyadh.

Skuad B-23 kebangsaan akan menjalani latihan harian di sepanjang kem latihan pusat kali ini di UM Arena, Kuala Lumpur dengan 31 pemain yang dipanggil ini akan melapor diri secara berperingkat selepas masing-masing selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super 2022 dan Liga Premier 2022.

Mereka dijadual akan mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 bertemu Timor-Leste B-23 pada 29 April 2022 dan Filipina B-23 pada 1 Mei 2022, dengan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran penonton berdasarkan persetujuan daripada pasukan-pasukan yang terlibat.

Maloney kemudian akan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2021 yang mana skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas dari KLIA, Sepang ke Hanoi, Vietnam pada 4 Mei 2022. (Mengikut peraturan penganjur, seramai 20 pemain sahaja boleh dibawa dan pemain tambahan hanya dibenarkan menyertai pasukan jika terdapat mana-mana pemain disahkan positif COVID-19 untuk menggantikan pemain tersebut)

Bagi saingan Kumpulan B pada Sukan SEA 2021 itu nanti, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos pada 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan Kemboja pada 16 Mei 2022, dengan kesemua perlawanan kumpulan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Sementara saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste pula dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke separuh akhir pada 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan Final dijadual berlangsung pada 22 Mei 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi. www.fam.org.my

- Advertisement -