Elina Svitolina
Elina Svitolina

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejutan berlaku di hari keempat Sukan Olimpik Rio apabila jaguh tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams tersingkir di pusingan ketiga acara individu.

Beliau yang juga pemenang pingat emas pada 2012 tewas kepada Elina Svitolina dengan keputusan straight set 6-4, 6-3.

Svitolina akan berdepan wakil dari Republik Czech Petra Kvitova di peringkat suku akhir yang dijadual berlangsung pada Khamis.

Nasib yang sama turut menimpa pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic apabila tewas kepada pemain Argentina, Juan Martin Del Potro di pusingan pertama isnin lalu.

japan.new.zealand

Dalam pada itu di venue ragbi juga menyaksikan kejutan berlaku dalam saingan lelaki 7 sebelah apabila New Zealand dikejutkan dengan kekalahan 12-14 kepada Jepun bagi aksi pembukaan kumpulan C.

Kekalahan ini sekaligus menyukarkan peluang buat All Blacks untuk memburu pingat emas pertama bagi acara ragbi 7 sebelah yang pertama kali diperkenalkan di Sukan Olimpik.

- Advertisement -