Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam mengesahkan kontrak pengendali skuad B22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tidak akan disambung.

Kegagalan skuad negara gagal ke separuh akhir di saingan Sukan SEA ke 30 mungkin faktor keputusan ini dibuat oleh pengurusan FAM.

Kim Swee, telah pun dimaklumkan mengenai keputusan ini dan menerima dengan hati yang terbuka.

“Saya telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung berkenaan kontrak saya yang tidak disambung. Saya berterima kasih dengan FAM diatas peluang untuk menjadi jurulatih dalam pasukan kebangsaan. Saya mahu berehat seketika dan memikirkan langkah yang seterusnya. Ketika ini keluarga adalah keutamaan saya,’kata Kim Swee

Tambahnya lagi, tiada sebarang tawaran diterima dan masih terlalu awal untuk memikirkan masa depannya ketika ini.

Skuad B22 tahun negara gagal melangkah ke separuh akhir saingan bolasepak di Sukan SEA ke 30 Manila selepas menamatkan kumpulan B di tangga keempat kumpulan A dengan empat mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Malaysia memulakan kempen kumpulan A dengan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar, disusuli kejutan dengan kekalahan oleh tuan rumah, Filipina 0-1.

Malaysia bangkit menewaskan Timor Leste 4-0 namun Kemboja menutup impian dengan kekalahan 1-3 ke atas Malaysia sekaligus mengulangsi sejarah hitam Sukan SEA 1991 juga di Manila dimana Malaysia tewas 0-1 kepada Filipina di venue yang sama dan tersingkir seawal peringkat kumpulan.

- Advertisement -