Malaysia's Lee Chong Wei (L) shakes hand with Lithuania's Kestutis Navickas after their men's singles badminton match at the BWF World Championship in Jakarta, August 11, 2015. Photo Credit - REUTERS/Beawiharta
Malaysia’s Lee Chong Wei (L) shakes hand with Lithuania’s Kestutis Navickas after their men’s singles badminton match at the BWF World Championship in Jakarta, August 11, 2015. Photo Credit – REUTERS/Beawiharta

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei melihat cadangan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menukar sistem pemarkahan kepada 11 mata.

Keputusan masih belum dimukatamadkan, namun BWF menggalakkan ahli ahli gabungannya menjalankan ujian percubaan, menggunakan sistem 11 mata dalam lima set.

“Perlawanan 11 mata itu singkat…bagus untuk pemain senior, mungkin sesuai untuk saya dan Lin Dan kerana kita sudah ada pengalaman dan tahu bagaimana nak mengawal permainan,” kata Datuk Lee Chong Wei.

Tambah pemain nombor satu dunia itu lagi, hanya beberapa pemain senior sahaja yang mampu mengawal permainan dengan kiraan 11 mata, iaitu Lee Chong Wei sendiri dan seterunya dari China, Lin Dan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah pun menguji sistem pemarkahan 11 mata ketika kejohanan Badminton Remaja Antarabangsa Bawah 19 Tahun di Terengganu minggu lalu.

BWF dijangka memberi kata putus berhubung penggunaan sistem baru yang akan digunakakan ketika Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada bulan Mei tahun depan.

Manakala BAM akan membuat keputusan selepas mesyuarat Jawatakuasa Kejurulatihan dan Latihan persatuan tersebut pada 15 September nanti.

- Advertisement -