Saingan Kejohanan Hoki Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium menyaksikan skuad wanita negara tewas 0-3 dalam aski pembukaan kumpulan B menentang Australia malam tadi.

Australia yang merupakan salatu kuasa besar hoki wanita ternyata beraksi di kelas tersendiri tatkala Malaysia tampak lebih banyak berkubu dikawasan sendiri.

Hanya empat minit diperlukan Australia untuk mendahului saingan hasil jaringan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Maddy Fitzpatrick.

Malaysia terus buntu untuk menembusi kubu Australia apabila setiap percubaan Berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan.

Sebaliknya, skuad kendalian Muhammad Dharmaraj Abdullah bolos kali kedua, sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Maddy di minit ke 44.

Australia menutup aksi pembukaan kumpulan B dengan kemenangan sekaligus meraih tiga mata selepas Georgina Morgan menutup jaringan untuk pasukannya di minit ke 59 menerusi pukulan sudut penalti.

Malaysia akan berdepan Sepanyol pada jam 6 petang waktu tempatan bagi aksi kedua kumpulan B sebelum menentang tuan rumah Belgium pada Sabtu. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -