2016 Thomas & Uber Cup Kunshan China

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi pembukaan kumpulan A Piala Uber 2016 skuad badminton wanita negara berakhir dengan kekalahan 0-5 ke atas tuan rumah, China.

Keputusan ini sudah dijangka memandangkan China menurunkan pemain terbaik mereka untuk memastikan tidak tercicir mata dalam saingan kumpulan.

China memperoleh mata pertama dalam aksi perseorangan menerusi pemain ranking ketiga dunia Li Xuerui yang tidak berdepan masalah untuk menundukkan Tee Jing Yi dengan keputusan straight set 21-11, 21-13.

Namun beregu pertama negara, Vivian Hoo Kah Mun, Woong Khe Wei hampir menyamakan kedudukan untuk Malaysia.

Barisan skuad badminton wanita negara yang berlepas dari KLIA untuk saingan Piala Uber 2016 padap 11 Mei 2016 lepas.</b.
Barisan skuad badminton wanita negara yang berlepas dari KLIA untuk saingan Piala Uber 2016 pada 11 Mei 2016 lepas.

Berdepan pasangan nombor 3 dunia, Yu Yang, Tan Yuanting, beregu negara bangkit daripada tewas 11-21 di set pertama untuk menang 21-14 di set kedua.

Vivian dan Khe Wei mendahului beregu China 18-15 dipenghujung perlawanan, namun Yu Yang dan Yuanting memperkemaskan rentak permainan untuk menang 21-18 sekaligus China selesa mendahului 2-0.

Perseorangan kedua negara, Goh Jin Wei nyata bukan lawan pemain ranking ke 4 dunia, Wang Yihan untuk sekurang kurangnya meraih 1 mata ke atas China.

Ketangkasan Wang Yihan selain smash kencang menjadi senjata untuk menjinakkan Goh Jin Wei 21-16, 21-14 sekaligus mengesahkan kemenangan pertama untuk China.

Manakala dua lagi aksi beregu kedua dan perseorangan yang ketiga sekadar melengkapkan jadual perlawanan dan keputusan bagi perlawanan ini akan dikira andai dua pasukan berkongsi kedudukan selepas tamat saingan peringkat kumpulan.

Beregu kedua negara Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean mengikuti jejak Vivian, Khe Wei untuk bermain tiga set sebelum tewas kepada gandingan Tian Qing, Zhao Yunlei, 15-21, 21-19, 11-21.

Sun Yu melengkapkan kemenangan 5-0 untuk China selepas mudah mengatasi Sonia Cheah Su Ya 21-9, 21-10.

- Advertisement -